HomeUtamaPatah tangan tidak halang Adeline untuk sertai 'Unduk Ngadau'

Patah tangan tidak halang Adeline untuk sertai ‘Unduk Ngadau’

Read Time:1 Minute, 28 Second

Kota Kinabalu : Meskipun mengalami kecederaan dan patah tangan selepas terjatuh dirumah pada awal bulan lalu tidak menjadi halangan buat Adeline De Nathania John,10, untuk meneruskan hasrat menyertai pertandingan Unduk Ngadau Sekolah Kebangsaan (SK) peringkat daerah Tuaran semalam.

Pertandingan yang diadakan sempena Karnival Bahasa Kadazan Dusun (BKD) dan Peluncuran Dashboard BKD itu telah disempurnakan Ahli Parlimen Tuaran Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

Adeline De Nathania John

Adeline yang bersekolah di SK Bongol Tuaran itu mewakili Zon Nabalu ke pertandingan itu tetap bersemangat untuk menyertai termasuk membuat persiapan dengan bantuan ibu bapanya serta guru.

Bekas guru kelas Adeline, Dayang Sabrina Pg Jaafar berkata, Adeline telah menerima rawatan di Hospital Tuaran pada 9 Julai lalu selepas terjatuh di rumah ketika hujan.

“Sebagai guru di SK Bongol, sudah tentu kami amat risau mengenai kesihatannya yang mana dia juga akan mewakili Zon Nabalu ke pertandingan berkenaan.

Adeline bersama Dayang Sabrina (kiri) dan cikgu Jaimah (kanan)

“Namun atas kegigihan Adeline dan sokongan semua pihak termasuk Guru Besar Rozes Kisi., ibu bapanya, Adeline tetap gigih berlatih walaupun dengan kesakitan yang dialami.

Guru Besar SK Bongol Rozes Kisi

“Patah tangan tidak sesekali mematahkan semangat beliau untuk terus menyertai dan bertanding.  Syukur dengan kesabaran dan kegigihannya, Adeline berjaya mendapat tempat kedua,” katanya ketika dihubungi Sabah Media di sini hari ini.

Adeline bersama ibunya ketika menjalani latihan ‘Impromptu’

Sabrina berkata, kemenangan itu telah membuktikan bahawa usaha yang ada tidak pernah mengkhianati hasil.

Sementara itu, Adeline mengakui dia sangat gembira dengan kejayaan yang diraih meskipun berdepan kecederaan.

Adeline tetap ke sekolah meskipun diberikan cuti rehat sehingga 15 Ogos,

“Saya sangat gembira kerana berjaya melepasi masa kritikal pertandingan, berjaya merangkul tempat kedua dan yang lebih penting semangat atas tanggungjawab untuk menjadi wakil kepada Zon Nabalu,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO GURU SK BONGOL

RELATED ARTICLES
Utama

518 kes pokok tumbang berlaku di Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular