HomeUtamaKerajaan prihatin ibu bapa, penjaga kurang mampu sedia keperluan persekolahan anak

Kerajaan prihatin ibu bapa, penjaga kurang mampu sedia keperluan persekolahan anak

Read Time:2 Minute, 20 Second

RANAU: Kerajaan prihatin masalah dihadapi oleh ibu bapa dan penjaga yang kurang berkemampuan dalam memberikan keperluan dan keselesaan anak-anak semasa menuntut ilmu di sekolah, kata Timbalan Ketua Menteri II, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam.

Menurut beliau, situasi ini paling dirasai oleh ibu bapa dan penjaga semasa musim persekolahan bermula khususnya keluarga yang mempunyai bilangan anak yang ramai.

“Kerajaan juga sangat komited dengan pembangunan pendidikan di negeri ini dengan memberikan bantuan-bantuan pendidikan daripada peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat universiti. Ini adalah kerana, kerajaan tahu betapa pentingnya pendidikan terhadap pembangunan sesebuah negara,” katanya ketika merasmikan Majlis Penyampaian Skim Bantuan Khas (SBK) Kumpulan Yayasan Sabah bagi tahun 2024 di SMK Timbua, di sini, hari ini.

Dr. Joachim yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan berkata, tahap pendidikan yang lebih tinggi akan memberi kesan kepada pembangunan negara.

Ini kerana katanya, individu yang mempunyai pemikiran berkualiti tinggi boleh meningkatkan bukan sahaja sektor ekonomi tetapi sektor lain seperti pentadbiran, kesihatan dan keselamatan negara dalam jangka masa yang panjang.

“Pendidikan juga akan meningkatkan kualiti sumber tenaga manusia dengan menyediakan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk bersaing bukan sahaja di pasaran negara tetapi di pasaran antarabangsa.

“Selain, pendidikan juga adalah satu komponen penting dalam mengubah sosioekonomi sesebuah keluarga iaitu boleh mendapatkan pekerjaan yang lebih baik, ini akan mengurangkan kemiskinan dalam keluarga serta akan meningkatkan kuasa beli dalam kehidupan seharian.

“Justeru itu, para pelajar yang hadir pada hari ini perlu mempunyai sasaran dan azam untuk keluar dari kepompong kesusahan keluarga dengan berusaha dalam pembelajaran di sekolah,” jelasnya.

Beliau turut mengingatkan kepada para pelajar upaya manfaatkan segala peluang yang ada untuk terus menimba ilmu serta jadikanlah sekolah sebagai tempat mengasah bakat dan membina pengalaman dengan sebaik mungkin sehingga berjaya.

Dalam pada itu, Dr. Joachim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang mengucapkan terima kasih kepada Kumpulan Yayasan Sabah kerana telah menyumbangkan barang keperluan berupa set buku rujukan SPM dan juga kalkulator santifik kepada 50 pelajar kurang berkemampuan sekolah tersebut.

“Skim Bantuan Khas ini bertujuan untuk membantu mengurangkan beban keluarga pelajar yang termiskin, keluarga B40 serta ibu bapa penerima bantuan e-kasih menerusi pemberian bantuan sokongan pembelajaran.

“Yayasan Sabah menawarkan biasiswa bagi pelajar tingkatan enam, peringkat Diploma, Ijazah Sarjana muda dan Sarjana serta biasiswa Dermasiswa hanya untuk pelajar UiTM sahaja.

“Kerajaan turut menawarkan Biasiswa Kerajaan Negeri, Biasiawa Anugerah Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah (TYT) dan Biasiswa Cemerlang Kerajaan Negeri Sabah (BKNS).

“Di bawah Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), terdapat juga bantuan -bantuan lain seperti Bantuan Khas Tunai Peperiksaan (BAKTI), Bantuan İhsan Komputer Sabah (BAIK)- 1 komputer 1 rumah; Bantuan Aktiviti Guru dan Ibubapa (BAGUS),” kata Dr. Joachim.

Turut hadir ialah isteri Dr. Joachim, Datin Seri Linda Ewit; Ketua Pentadbir Zon Pantai Barat Selatan, Yayasan Sabah, Linda Anthony; Pengetua SMK Timbua, Dr. Marcus Shapie; Pemimpin Pembangunan Masyarakat, Dounis Sani dan guru-guru sekolah.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan curi kabel punca gangguan bekalan di Kinarut

Mahkamah Kota Kinabalu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular