HomePendapatRakyat Sabah Harus Menikmati Cukai Dari Hasil Wilayah Sabah

Rakyat Sabah Harus Menikmati Cukai Dari Hasil Wilayah Sabah

Read Time:7 Minute, 36 Second

1.        Beberapa hari lepas, bekas Presiden Sabah Law Society (SLS) di laporkan berkata Kerajaan Malaysia mesti membayar kira-kira RM 4.08 billion kepada Sabah, sebagai pembayaran Geran Khas Tahunan seperti yang di peruntukan di bawah Perlembagaan Persekutuan.

2.        Beliau menyimpulkan angka tersebut berdasarkan pengumuman Perdana Menteri Malaysia bahawa Kerajaan Malaysia menerima sejumlah RM 10.2 billion dari Sabah, yang merangkumi kutipan cukai dan lain-lain pendapatan.

Jumlah RM 10.2 billion berkenaan termasuklah:

  • RM 7.2 billion: kutipan cukai oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
  • RM 1.7 billion: pembayaran petroleum

3.        Fakta menarik: Pembayaran Geran Khas Tahunan ini telah di persetujui bersama sejak pembentukan Malaysia pada tahun 1963, yang di materai dengan Perjanjian Malaysia 1963/ Malaysia Agreement 1963 (MA63).

4.        Sebagaimana termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan, Sabah berhak menerima Geran Khas Tahunan daripada Kerajaan Malaysia, sebanyak dua-perlima (40%) daripada kutipan hasil yang di perolehi oleh Kerajaan Malaysia dari Sabah.

5.        Pembayaran Geran Khas Tahunan ini adalah istimewa kepada Sabah dan Sarawak sahaja, dan tidak melibatkan lain-lain negeri dan wilayah di Malaysia. Pada masa yang sama, Geran Khas Tahunan ini adalah berbeza dengan peruntukan tahunan di bawah belanjawan negara dari Kerajaan Malaysia kepada semua negeri dan wilayah di Malaysia.

6.        Ini bermakna Sabah berhak menerima dua pembayaran dari Kerajaan Malaysia setiap tahun, iaitu:

  • peruntukan di bawah belanjawan negara
  • Geran Khas Tahunan

7.        Sebagai contoh. Di bawah Belanjawan Malaysia 2024, Sabah telah di berikan peruntukan sebanyak RM 6.6 billion. Peruntukan berkenaan adalah untuk pelaksanaan pelbagai projek untuk kesejahteraan rakyat Sabah, termasuklah: sekolah, klinik kesihatan, bekalan air dan jalanraya.

Tetapi jumlah Geran Khas Tahunan adalah pembayaran berasingan, dan tidak termasuk di dalam peruntukan RM 6.6 billion berkenaan.

8.        Sebenarnya, isu pembayaran Geran Khas Tahunan ini bukanlah isu yang baru. Tetapi, sejak kebelakangan ini, pemimpin serta rakyat Sabah tanpa mengira bangsa, agama serta pegangan politik, telah bersatu suara lantang menuntut hak Sabah yang telah di cabuli.

Rakyat Sabah geram isu pembayaran Geran Khas Tahunan ini masih belum selesai, dan sudah berlanjutan berdekad-dekad lama-nya seolah-olah tiada penyelesaian.

9.        Malah, menurut Presiden Parti Cinta Sabah, isu berkenaan sudah berlanjutan lebih 50 tahun, di mana Kerajaan Malaysia telah gagal membayar sepenuhnya Geran Khas Tahunan kepada Sabah sejak tahun 1973.

10.      Data sediada menunjukkan jumlah Geran Khas Tahunan yang di terima oleh Sabah adalah sangat kecil. Jumlah tersebut tidak setimpal dengan kadar 40% yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan, serta tidak selari dengan pembangunan ekonomi Sabah yang kaya dengan pelbagai hasil, terutamanya kelapa sawit, minyak dan gas.

TahunSebelum 2020202020222023
Geran Khas Tahunan SabahRM 26.7 jutaRM 53.4 jutaRM 125.6 jutaRM 260 juta

11.      Untuk menyelesaikan isu pembayaran ini, Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Sabah mesti terlebih dahulu mencapai persetujuan bersama jumlah Geran Khas Tahunan tersebut. Ini hanya dapat di capai sekiranya kedua-dua pihak dapat mengenal-pasti jumlah hasil yang di perolehi oleh Kerajaan Malaysia dari Sabah setiap tahun, secara menyeluruh dan tepat.

Inilah pertikaian utama yang tidak mudah untuk di persetujui bersama.

12.      Pada awal Oktober 2023, Dewan Rakyat telah meluluskan pindaan Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, dengan memperuntukkan wakil Sabah dan Sarawak sebagai Ahli Lembaga Tetap di dalam Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN). Ini merupakan sebahagian daripada usaha Kerajaan Malaysia, Kerajaan Sabah dan Kerajaan Sarawak untuk memastikan hasil cukai dari Sabah dan Sarawak dapat di uruskan secara telus. 

Namun begitu, hasil yang di perolehi oleh Kerajaan Malaysia dari Sabah melangkaui hasil cukai yang di kutip oleh LHDN.

13.      Secara keseluruhan, jumlah hasil Sabah berkenaan merangkumi pelbagai kutipan hasil dari semua perkara dan sektor ekonomi, antaranya: cukai pendapatan, cukai perkhidmatan, duti eksport dan import, duti setem, lesen, permit, levi pekerja asing. Ini melibatkan pelbagai agensi Kerajaan Malaysia, termasuklah: PETRONAS dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Oleh yang demikian, penentuan jumlah Geran Khas Tahunan kepada Sabah adalah rumit dan mencabar.

14.      Lebih-lebih lagi, banyak organisasi yang menjalankan operasi di Sabah adalah organisasi nasional dan multi-nasional yang berpengkalan di luar Sabah. Oleh itu, boleh timbul kesulitan untuk menentukan secara telus dan tepat berapakah jumlah cukai yang di bayar kepada Kerajaan Malaysia merupakan daripada hasil operasi di Sabah.   

15.      Sepintas lalu, tanpa maklumat penuh, hasil Sabah berjumlah RM 10.2 billion yang di umumkan oleh Perdana Menteri Malaysia tersebut mungkin nampak sedikit oleh sesetengah pihak, memandangkan saiz ekonomi Sabah ketika ini.  

16.      Justeru itu, jumlah RM 10.2 billion berkenaan wajar di teliti secara terperinci agar benar-benar memenuhi pembayaran Geran Khas Tahunan Sabah seperti termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan. Not a penny more, not a penny less.

17.      Sebagai contoh. Di bawah Belanjawan Sabah 2024, anggaran pendapatan Kerajaan Sabah ialah RM 5.737 billion. Antara lain, anggaran pendapatan tersebut merangkumi:

PendapatanJumlahPecahan
Hasil CukaiRM 2.636 billionCukai Jualan Negeri: RM 2.49 billion
Sewa Tanah: RM 103 juta
Cukai Pelabuhan dan Dermaga: RM 42.5 juta
Hasil Bukan CukaiRM2.372 billionRoyalti Petroleum: RM 1.3 billion
Royalti dan Bayaran Keluaran Hutan: RM 133 juta

18.      Sekiranya Kerajaan Sabah dapat meraih pendapatan hampir RM 6 billion daripada ekonomi Sabah, sudah pasti Kerajaan Malaysia dapat mengutip hasil yang jauh lebih banyak dari Sabah.

Persoalannya: Berapa banyak?

19.      Fakta menarik: Sebagai perbandingan dengan negeri-negeri yang lebih maju, Belanjawan Selangor 2024 hanya mengunjurkan pendapatan negeri sebanyak RM 2.2 billion, manakala Belanjawan Johor 2024 pula mengunjurkan pendapatan negeri sebanyak RM 1.804 billion.

20.      Menurut laporan Lembaga Minyak Sawit Malaysia/ Malaysian Palm Oil Board (MPOB) 2023, Sabah merupakan pengeluar minyak sawit mentah/ crude palm oil (CPO) utama negara, iaitu 24.3% daripada keseluruhan CPO negara. 

21.      Semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada tahun lepas, Pembantu Menteri Kewangan Sabah telah memaklumkan bahawa Kerajaan Sabah telah berjaya mengutip sejumlah RM 19.25 billion hasil Cukai Jualan Negeri yang di kenakan ke atas minyak sawit mentah, dalam tempoh 23 tahun (1999 – 2022).

22.      Untuk tahun 2018 – 2023, hasil Cukai Jualan Negeri ke atas minyak sawit mentah di Sabah adalah:      

20182019202020212022Jan – Jul 2023
RM 845.36 jutaRM 789.58 jutaRM 919.15 jutaRM 1.35 billionRM 1.56 billionRM 739.53 juta

23.      Fakta menarik: Sejak tahun 1999, Kerajaan Sabah telah mengenakan Cukai Jualan Negeri (CJN) ke atas minyak sawit mentah/ crude palm oil (CPO) yang di hasilkan di Sabah, pada kadar 7.5%.

24.      Maka, dengan mengambil contoh kutipan Cukai Jualan Negeri minyak sawit mentah untuk tahun 2022 berjumlah RM 1.56 billion (pada kadar 7.5%), ini bermakna nilai keseluruhan minyak sawit mentah yang di hasilkan di Sabah adalah sekitar RM 20.8 billion.

25.      Nilai ini selari dengan jumlah eksport minyak sawit mentah oleh Sabah, seperti yang di laporkan di dalam Statistik Perdagangan Malaysia Mengikut Negeri Tahun 2023 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

26.      Malah, menurut laporan statistik perdagangan berkenaan, industri kelapa sawit Sabah telah menghasilkan eksport sebanyak RM 18.326 billion pada tahun 2023, iaitu merangkumi 59% daripada jumlah keseluruhan eskport Sabah (RM 31.084 billion).

Perkara (tahun 2023)Jumlah
minyak kelapa sawitRM 15.291 billion
minyak isirung kelapa sawitRM 1.289 billion
oleokimia berasaskan kelapa sawitRM 1.123 billion
dedak isirung kelapa sawitRM 0.358 billion
hasil keluaran kelapa sawit yang lainRM 0.265 billion
JumlahRM 18.326 billion

Persoalannya: Berapakah jumlah duti eksport minyak sawit mentah yang telah di kutip oleh Kerajaan Malaysia dari Sabah?

27.      Pada Mei 2024, Menteri Perladangan dan Komiditi Malaysia di laporkan berkata bahawa industri kelapa sawit menyumbang 3% kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia, dengan nilai eksport RM 102 billion dan RM 18 billion hasil cukai.

28.      Oleh itu, kiraan ringkas menunjukkan jumlah eksport berasaskan sawit Sabah adalah 18% daripada jumlah keseluruhan nilai eskport sawit negara (iaitu RM 18.326 billion daripada RM 102 billion).

Maka, jumlah hasil cukai sawit dari Sabah adalah sekitar RM 3.24 billion (18% x RM 18 billion).

29.      Ini baru saja contoh kiraan hasil dari industri kelapa sawit di Sabah. Belum lagi mengambil kira hasil dari lain-lain sektor ekonomi utama Sabah seperti minyak, gas dan pelancongan. Serta hasil lain-lain perkara cukai perkhidmatan, duti setem, lesen, permit, levi pekerja asing.

30.      Hakikatnya, untuk sekian lama, sebahagian besar hasil kemajuan dan kekayaan Sabah telah di nikmati oleh orang lain, memandangkan Geran Khas Tahunan tidak di bayar sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia.

31.      Rakyat Sabah berhak menikmati hasil kekayaan yang di hasilkan, segera.

RELATED ARTICLES
Utama

518 kes pokok tumbang berlaku di Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular