HomeSukanSUKMA 2024 : Sabah mulakan kempen menerusi sukan Boling Padang, Futsal esok

SUKMA 2024 : Sabah mulakan kempen menerusi sukan Boling Padang, Futsal esok

Read Time:1 Minute, 26 Second

Kota Kinabalu : Sabah akan memulakan kempen temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 menerusi sukan Boling Padang dan Futsal esok.

Bagi acara Boling Padang pada sesi pagi, Sabah akan memulakan aksi menerusi kategori Beregu Lelaki peringkat kumpulan D bertemu Melaka menerusi atlet Asmirul Arispadillah dan Muhammad Afif Aiman Mohd Affendy.

Bagi acara sama, Sabah akan bertemu Perak bagi kategori Bertiga Lelaki peringkat Kumpulan E menerusi atlet Asnirul Arispadillah; Elldy Maxcanzie Zosmi; Mohammad Raihan Norkizan dan Nur Azami Azlie.

Pasukan Boling Padang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching Sarawak – Foto MSN Sabah

Manakala bagi kategori Wanita Perseorangan peringkat kumpulan K, Sabah menerusi atlet Suzileyana Zosmi @ Ronny akan turun bertemu Melaka dan semua perlawanan akan berlangsung pada jam 8 pagi bertempat di Arena Lawn Balls Petra Jaya Kuching Sarawak.

Bagi kategori Berempat Wanita, Sabah akan bertemu Negeri Sembilan di arena sama pada jam 10.30 pagi menerusi atlet Adilah Justine; Nur Zarifah Wajihah Zaidi; Nurafeqah Qhalisah Alham; Nuremilda Jazeemi Jali @ Jalit dan Nurnajmi Jannah Jali @ Jalit.

Turut bertanding esok adalah kategori Bertiga Lelaki peringkat kumpulan E dimana Sabah akan bertemu Wilyah Persekutuan menerusi atlet Asnirul Arispadillah; Elldy Maxcanzie Zosmi; Mohammad Raihan Norkizan dan Nur Azami Azlie pada jam 1 petang.

Kategori Berempat Wanita peringkat kumpulan R pada sesi petang, Sabah akan bertemu Perlis dan Perseorangan Wanita kumpulan K, atlet Suzileyana Zosmi @ Ronny sekali lagi akan bertemu Perlis pada jam 1 petang,

Pada jam 3.30 petang esok, atlet bagi kategori Bertiga Lelaki sekali lagi akan bertemu Kedah, manakala Beregu Lelaki kumpulan D akan bertemu Perak dan Perseorangan Wanita kumpulan K akan bertemu Kedah.

Sementara itu, bagi acara Futsal, Sabah akan memulakan aksi peringkat kumpulan A bertemu Melaka di Stadium Tertutup Kota Samarahan Sarawak bermula jam 8.30 pagi. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Sabah sentiasa cakna terhadap pembangunan belia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular