HomeSukanLiga Super : Sabah FC tewas di laman sendiri

Liga Super : Sabah FC tewas di laman sendiri

Read Time:1 Minute, 0 Second

Kota Kinabalu : Sabah FC tewas 1-2 kepada Selangor FC dalam aksi Liga Super di Stadium Likas, di sini, malam tadi.

Keputusan itu sekaligus mengagalkan misi Sabah untuk mendapatkan sekurang-kurangnya satu mata di laman sendiri tidak tercapai.

Sabah berjaya memperoleh gol tunggal pada babak pertama yang terhasil akibat kesilapan kapten Selangor, Muhammad Safuwan Baharuddin yang tersepak bola ke arah gawang pada minit ke-27.

Kesilapan itu berlaku ketika Safuwan dan penjaga gol, Samuel Jacob Somerville cuba menghalang penyerang Sabah, Darren Lok daripada menerima hantaran berbahaya Mohd Firdaus Jafri Chew di hadapan gawang.

Selangor kemudian berjaya menyamakan kedudukan hasil jaringan Ronnie Allan Fernandez akibat kesilapan hantaran pertahanan Sabah di hadapan gawang sendiri pada minit ke-31.

Beralih ke babak kedua, Sabah dilihat cuba tampil lebih garang untuk menambah jaringan dan memastikan tiga mata dapat dikutip di laman sendiri pada malam ini.

Pasukan pelawat berjaya menambah gol kedua yang dijaringkan Harith Haiqal Adam Afkar pada minit ke-85 selepas berjaya memanfaatkan bola muntah dari dakapan penjaga gol Sabah, Khairul Fahmi Che Mat.

Kedudukan 1-2 itu kekal hingga tamat masa kecederaan sekali gus membolehkan Selangor membawa pulang mata penuh untuk terus mengukuhkan kedudukan di tangga kedua carta liga. – SABAH MEDIA / FOTO MFL

RELATED ARTICLES
Sukan

Sabah sentiasa cakna terhadap pembangunan belia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular