HomePolitikPRN17 Sabah: DUN Apas siap sedia beri kemenangan untuk GRS - Nizam

PRN17 Sabah: DUN Apas siap sedia beri kemenangan untuk GRS – Nizam

Read Time:1 Minute, 32 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Gerak kerja yang mantap dari akar umbi bersama pasukan menyaksikan sambutan terhadap Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) diterima baik oleh masyarakat di kawasan DUN Apas.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, perkara itu terbukti apabila jumlah keahlian Gagasan Rakyat DUN Apas setakat ini mencecah lebih 10,000 ahli dan mempunyai 183 cawangan di kawasan itu.

“Setakat ini di DUN Apas sahaja kita ada lebih 10,000 ahli Gagasan Rakyat dan mempunyai 183 cawangan, sambutan amat menggalakkan dan setiap hari kita memang ada menerima permohonan untuk menjadi ahli Gagasan Rakyat dan menubuhkan cawangan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan sesi perjumpaan bersama dengan Ketua-ketua Pemuda, Beliawanis dan Ketua Penerangan bahagian Kuamut dan Lamag di sini, pada Selasa.

Nizam (duduk tengah) bergambar bersama Biro Penerangan Gagasan Rakyat, Ketua-ketua Pemuda, Beliawanis dan Ketua Penerangan bahagian Kuamut dan Lamag.

Dalam pada itu, Nizam yang juga Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah turut menyangkal dakwaan presiden Parti Warisan Datuk Seri Shafie Apdal bahawa ramai ahli yang masuk Parti Warisan di Tawau, Kudat dan Sandakan.

Shafie berkata demikian dalam satu laporan media selepas menghadiri Jelajah Presiden Warisan Bagi Parlimen Sepanggar dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Karambunai pada Ahad.

“Setakat ini saya melihat ramai yang keluar dari Parti Warisan dan ingin menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah.

“Ini adalah kenyataan dan terbukti cawangan Gagasan Rakyat yang kita tubuhkan di kawasan Apas sendiri adalah 183 cawangan dan mereka ini termasuk daripada bekas ahli dan pemimpin Parti Warisan di Bahagian Apas.

“Bahagian kita di Apas, kita sudah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah, kita memang menghadiahkan satu kerusi untuk GRS untuk DUN Apas.

“InsyaAllah di kawasan Apas kita boleh memberi yang terbaik dan beri kemenangan kepada calon GRS,” tegas Nizam yang juga Ketua Penerangan Gagasan Rakyat Sabah.

RELATED ARTICLES
Utama

518 kes pokok tumbang berlaku di Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular