HomeSukanGanjaran RM500,000 menanti atlet Sabah menang pingat emas di Paralimpik Paris

Ganjaran RM500,000 menanti atlet Sabah menang pingat emas di Paralimpik Paris

Read Time:1 Minute, 31 Second

Kota Kinabalu : Ganjaran insentif sebanyak RM500,000 akan diberikan kepada atlet dari Sabah sekiranya berjaya membawa pulang pingat emas pada temasya Sukan Paralimpik Paris 2024 bermula 28 Ogos hingga 8 September ini.

Perkara itu dinyatakan Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin dalam satu sidang media di pejabatnya di sini semalam.

Katanya, tiga atlet Sabah yang akan mewakili negara ke temasya itu adalah Jonathan Wong Kar Gee dan Eddy Bernard masing-masing lompat jauh lelaki (T12) serta 100 meter (T44) Mohd Amin Burhanuddin bagi acara badminton (SL4).

“Kalau kita bandingkan dengan prestasi prestasi atlet lompat jauh (Jonathan Wong), kita juga mengharapkan sekurang-kurangnya pingat perak. Sudah tentu kita mengharapkan ada kejutan emas pertama untuk Malaysia dari atlet Sabah.

“Begitu juga dengan Eddy dan Amin. Kedua-dua mereka ini juga sudah berlatih dengan gigih dan boleh memberi kejutan membawa pulang pingat,” katanya.

Ellron berkata, pada ketika ini masih belum ada atlet dari Sabah dapat menghadiahkan pingat emas untuk kontinjen Malaysia dalam temasya itu.

Beliau turut berharap agar ketiga-tiga atlet itu mampu membawa pulang pingat seterusnya membanggakan negeri Sabah.

“Malaysia pernah memenangi emas di Paralimpik tetapi atlet itu bukan dari Sabah. Jadi, kami berharap kali ini ia akan datang dari Sabah,” katanya.

Terdahulu, Kar Gee, yang akan bersaing dalam acara Lompat Jauh Lelaki T12, dijangka membawa pulang pingat berdasarkan lompatan terbaiknya sejauh 7.22m, yang cukup untuk meraih pingat perak atau gangsa.

Eddy, yang membuat penampilan pertama di Paralimpik, akan bersaing dalam acara 100m Lelaki T44 di mana pusingan pertama dijadualkan pada 31 Ogos.

Kar Gee, dalam penampilan keduanya di Sukan Paralimpik, akan bersaing dalam acara akhir lompat jauh pada 2 September.

Seorang lagi pendatang baru, Amin, akan memasuki acara badminton pada 30 Ogos untuk bertanding dalam perlawanan peringkat kumpulan awal Perseorangan Lelaki SL4 yang bermula pada 30 Ogos. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

280 peserta sertai ‘Tropical Rainforest Run 2024’ Ahad ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular