HomePendapatKejayaan Sabah hapuskan miskin tegar 'milestone' utama kearah bina wilayah maju dan...

Kejayaan Sabah hapuskan miskin tegar ‘milestone’ utama kearah bina wilayah maju dan berpendapatan tinggi

Read Time:6 Minute, 10 Second

Oleh WAN AZRAIN ADNAN

1. Dua hari lepas, Ketua Menteri Sabah telah mengumumkan bahawa Kerajaan Sabah telah berjaya mencapai matlamat menghapuskan insiden miskin tegar di Sabah pada 31 Julai 2024.

2. Menurut beliau, kejayaan ini adalah selari dengan matlamat Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya 1.0 (2021 – 2025) yang telah di lancarkan pada Mac 2021, serta memenuhi aspirasi Kerajaan Malaysia Madani.

3. Setinggi-tinggi tahniah kepada Ketua Menteri Sabah serta seluruh Kerajaan Sabah kerana telah mencapai satu kejayaan yang sukar dan mencabar. Kejayaan ini amatlah membanggakan memandangkan insiden kemiskinan yang tinggi di Sabah adalah satu isu legasi yang telah berlanjutan untuk tempoh masa yang sangat lama, dari generasi ke generasi. 

4. Lebih-lebih lagi, beberapa bulan lepas timbul sedikit kontroversi berkaitan statistik kemiskinan di Sabah, di mana Ketua Menteri Sabah telah mempertikai angka kemiskinan di Sabah yang telah di laporkan oleh Menteri Ekonomi Malaysia semasa Persidangan Dewan Rakyat.

Ketua Menteri Sabah menyatakan statistik kemiskinan yang di perolehi oleh Kerajaan Sabah adalah berbeza dari statistik yang di laporkan oleh Menteri Ekonomi Malaysia tersebut.

5. Di dalam agenda membasmi kemiskinan, antara perkara utama yang mesti di tetapkan dengan jelas agar usaha yang di laksanakan berkesan dan dapat mencapai golongan sasaran:

 tahap pendapatan penduduk yang di kira sebagai miskin

 siapa, jumlah dan lokasi penduduk yang di kenal-pasti sebagai miskin

6. Secara ringkas-nya, untuk tujuan pembasmian kemiskinan, Kerajaan Malaysia telah menetapkan tahap pendapatan penduduk kepada dua kategori, pada kadar yang berbeza mengikut negeri dan wilayah.

7. Dalam bahasa mudah, insiden miskin tegar adalah situasi di mana isi rumah berkenaan tidak memiliki pendapatan yang mencukupi untuk membeli barangan makanan yang di perlukan untuk hidup.

8. Kerajaan Malaysia telah menetapkan tahap pendapatan yang berbeza-beza setelah mengambil-kira kos sara hidup yang berbeza di antara negeri dan wilayah di seluruh negara.

9. Sebagai contoh. Kadar PGK Makanan di Sabah (RM 1,218) merupakan yang ke-5 tertinggi di Malaysia. Malah, lebih tinggi dari kadar nasional (RM 1,198) serta negeri dan wilayah yang lebih maju seperti: Johor (RM 1,161), Pulau Pinang (RM 1,036) dan WP Kuala Lumpur (RM 1,109).

10. Ini menggambarkan kos sara hidup di Sabah adalah lebih tinggi berbanding lain-lain negeri dan wilayah. Dengan kata lain, penduduk di Sabah memerlukan pendapatan yang lebih banyak untuk membeli barangan makanan yang mencukupi.

11. Berdasarkan data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Sabah telah merekodkan insiden miskin tegar dan miskin mutlak tertinggi di Malaysia, tahun demi tahun.

12. Hakikatnya, Sabah memiliki isu empat serangkai yang saling berkait-rapat, iaitu: pertumbuhan ekonomi yang perlahan, kadar pengangguran yang tinggi, pendapatan pekerja yang kecil dan kadar kemiskinan yang tinggi.

Di tambah pula, Sabah tidak mendapat sepenuhnya Geran Khas Tahunan dari Kerajaan Malaysia sejak 1973, yang di anggarkan bernilai berbillion ringgit setahun.

13. Namun begitu, siapakah sebenarnya yang miskin di Sabah?

14. Persoalan ini penting kerana Sabah menghadapi isu kebanjiran penduduk bukan warganegara, di mana ramai merupakan penduduk tanpa dokumen yang sah. Golongan berkenaan tidak banyak menyumbang kepada pembangunan Sabah, tetapi banyak memeras hasil serta mengguna-pakai kemudahan awam yang di sediakan untuk kesejahteraan rakyat Sabah.

Dua tahun lepas, Menteri Dalam Negeri Malaysia pernah di laporkan berkata bahawa Sabah memiliki lebih satu juta penduduk tanpa dokumen/ undocumented.

15. Secara rasminya, laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) 2022 menunjukkan jumlah keseluruhan penduduk Sabah ialah 3.39 juta orang, di mana lebih 20% merupakan bukan warganegara.

Manakala, sebagai perbandingan, jumlah penduduk Malaysia adalah 33.7 juta orang, di mana warganegara (90.5%) dan bukan warganegara (9.5%).

16. Malah, data DOSM melaporkan kebanjiran penduduk bukan warganegara yang sangat kritikal di merata tempat di Sabah:

 dua daerah memiliki jumlah penduduk bukan warganegara melebihi penduduk warganegara, iaitu: Kinabatangan (78% bukan warganegara) dan Kalabakan (67% bukan warganegara)

 lima daerah memiliki jumlah penduduk bukan warganegara yang ramai melebihi 30%: Beluran (47%), Kunak (47%), Tongod (35%), Lahad Datu (33%), Semporna (33%).

17. Maka, tidaklah mengejutkan daerah-daerah yang telah di kenal-pasti dengan insiden kemiskinan yang tinggi adalah daerah-daerah yang memiliki penduduk bukan warganegara yang ramai. 

18. Penduduk bukan warganegara tanpa dokumen sudah pasti menghadapi kesukaran untuk menyara kehidupan seharian. Tanpa dokumen yang sah, tidak ramai majikan yang berani menanggung risiko untuk mengambil golongan berkenaan sebagai pekerja. Oleh yang demikian, golongan berkenaan tidak mempunyai pekerjaan serta pendapatan yang tetap dan mencukupi. 

Akhirnya, golongan berkenaan terkurung di dalam penjara kemiskinan dan terperangkap di dalam kitaran kemiskinan, dari generasi ke generasi.

19. Situasi ini telah menimbulkan dilema dan cabaran besar kepada kerajaan dan rakyat Sabah untuk sekian lama. Atas dasar kemanusiaan, rakyat dan Kerajaan Sabah telah menjadi ‘tuan rumah’ yang prihatin, dengan tidak memerangi penduduk bukan warganegara tanpa dokumen. 

Tetapi sampai bila situasi ini harus berlanjutan dan rakyat Sabah terus sengsara?

20. Realitinya:

 rakyat Sabah sengsara kerana tidak dapat menikmati sepenuhnya kemudahan asas yang di sediakan, dan terpaksa berkongsi dengan penduduk bukan warganegara. Tambahan lagi, kemudahan yang tersedia belum lagi mencukupi untuk semua rakyat Sabah.

 Kebanjiran penduduk bukan warganegara memberikan pelbagai kesan negatif kepada Sabah, termasuklah: ekonomi, sosial, keselamatan dan ketenteraman awam 

 Sabah tidak dapat maju ke depan dengan pesat dan mampan sekiranya isu kebanjiran penduduk bukan warganegara tidak di tangani secara berkesan dan menyeluruh.

Malah, isu ini boleh menjadi lebih rumit sekiranya jumlah penduduk bukan warganegara meningkat dan merebak ke seluruh Sabah.

21. Sebagai contoh:

 Isu bekalan air yang di hadapi oleh warga Universiti Malaysia Sabah (UMS) adalah di sebabkan oleh kecurian air yang melibatkan koloni setinggan yang berada di sekitar UMS. Contoh sebegini bukanlah kejadian terpencil, tetapi berleluasa di merata tempat.

 makluman dari Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan Sabah merekodkan jumlah tunggakan bil rawatan warga asing tertinggi di Malaysia. Sehingga tahun 2023, jumlah tunggakan bil rawatan warga asing di kemudahan kesihatan kerajaan mencecah RM 40 juta.

22. Justeru itu, tindakan terkini Kerajaan Sabah merobohkan perumahan haram wajar mendapat sokongan penuh seluruh rakyat Sabah. Tindakan ini adalah langkah penting bukan sahaja untuk menangani masalah kecurian kemudahan awam seperti air dan elektrik, tetapi juga menangani isu kebanjiran penduduk bukan warganegara.

23. Pada awal Julai 2024, Pesuruhjaya Polis Sabah telah memaklumkan bahawa Polis Sabah telah merobohkan 1,332 rumah koloni setinggan yang di bina di atas tanah milik Kerajaan Sabah di seluruh Sabah. Beliau turut memaklumkan bahawa lebih 3,500 rumah koloni setinggan bakal di robohkan sehingga penghujung Ogos 2024, di mana notis perobohan sudah di edarkan.

Operasi perobohan di laksanakan mengikut undang-undang dengan memberikan notis terlebih dahulu kepada penduduk di koloni setinggan terbabit.

24. Beliau menegaskan pelaksanaan operasi perobohan ini akan di teruskan sehingga mencapai matlamat membasmi koloni setinggan di Sabah.

25. Ketika ada segelintir pihak yang mempertikai tindakan perobohan koloni setinggan tersebut, lebih ramai lagi yang menyokong tindakan tegas Kerajaan Sabah ini. Malah, ramai berpendapat tindakan perobohan tersebut sepatutnya telah di laksanakan lama dahulu. Sudah terlalu lama penduduk bukan warganegara ‘di benarkan’ membina koloni haram dan komuniti tersendiri. 

Enough is enough!

26. Justeru itu, kejayaan Kerajaan Sabah membasmikan miskin tegar wajar di raikan sebagai kejayaan seluruh rakyat Sabah. Ini merupakan milestone utama ke arah membina Sabah sebagai sebuah wilayah yang maju, aman dan berpendapatan tinggi.     

27. Di dalam meraikan kejayaan ini, Kerajaan Sabah harus senantiasa berjaga-jaga dan peka agar kumpulan yang telah di keluarkan dari kemiskinan tegar tersebut tidak jatuh kembali ke tahap miskin tegar. Ini adalah cabaran baru Kerajaan Sabah untuk memastikan kumpulan tersebut terus makmur dan menikmati kualiti hidup yang baik. 

Kemiskinan adalah relatif, dan berkait-rapat dengan kos sara hidup.

28. Sabah Teguh, Rakyat Terbela.

RELATED ARTICLES
PendapatUtama

Cabaran Graduan Dalam Isu Gaji Yang Tidak Sepadan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular