HomeUtamaDBKK bersihkan bangunan Maybank di Jalan Pantai

DBKK bersihkan bangunan Maybank di Jalan Pantai

Read Time:1 Minute, 5 Second

Kota Kinabalu : Bangunan Maybank yang tular di media sosial baru-baru ini selain menjadi tumpuan pelancong telah dibersihkan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) di sini semalam.

Ia termasuklah melibatkan kerja-kerja membuka tumbuhan liar yang tumbuh menjalar pada bangunan Bank tersebut  tanpa mengubah ‘keaslian’ bangunan berkenaan.

DBKK dalam satu kenyataan berkata, pembersihan yang dijalankan melalui Jabatan Landskap itu akan terus dipertingkatkan bagi memelihara dan melestarikan imej Kota Kinabalu sebagai sebuah bandar raya hijau dan berdaya huni.

Menurut DBKK, inisiatif itu diambil termasuk kerja-kerja membuka tumbuhan liar yang tumbuh menjalar pada bangunan di Gaya Street dan menyelenggara pokok rimbun di ruang legar Sinsuran.

“Tindakan membuka tumbuhan liar di bangunan sekitar bandar raya telah dimulakan pada 12 Julai lalu, sempena operasi pembersihan Jalan Gaya anjuran DBKK bersama para penjaja pasar malam Api-Api Night Food Market baru-baru ini.

“Manakala, tindakan terkini yang dilaksana menerusi operasi ini adalah di sekitar Jalan Pantai, iaitu bangunan Maybank yang mendapat tumpuan pelancong antarabangsa baru-baru ini.

“Ini adalah dengan melibatkan kekuatan seramai 10 orang anggota, sebelum meneruskan kerja pemangkasan pokok di sekitar premis komersil, di Sinsuran,” menurut kenyataan itu di sini.

DBKK akan terus komited menjalankan operasi pembersihan di sekitar bandar raya yang akan dilaksanakan secara berperingkat, khususnya di kawasan yang sering menjadi tumpuan para pelancong. – SABAH MEDIA / FOTO DBKK

RELATED ARTICLES
Utama

Banyak pengisian baharu yang menarik sempena Regatta Lepa ke-29

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular