HomeSukanSUKMA 2024 : Tenis Sabah tekad buru pingat, beri saingan sepenuhnya

SUKMA 2024 : Tenis Sabah tekad buru pingat, beri saingan sepenuhnya

Read Time:1 Minute, 8 Second

Kuching : Pasukan tenis Sabah yang beraksi pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak bertekad mahu memberi saingan sepenuhnya bagi memburu pingat pada acara yang dijadualkan bermula esok.

Presiden Persatuan Tenis Sabah (STA) Johnson Koh berkata, skuadnya sebelum ini telah menjalani latihan selama dua minggu dibawah kendalian jurulatih berpengalaman.

“Skuad  tenis Sabah hadir di sini selepas dua minggu latihan keras dan intensif di bawah jurulatih Tito (Latoja)  dan Shamsudin (Mustamin).

“Pasukan dianggotai 12 pemain, enam lelaki dan enam wanita untuk menyertai semua acara yang dipertandingkan. Sabah akan cuba sedaya upaya untuk memburu pingat,” katanya dalam kenyataan di sini.

Pertandingan tenis yang menawarkan enam pingat emas  dijadualkan berlangsung di Kompleks Sukan Petra Jaya di sini bermula esok hingga 22 Ogos.

Sabah yang diwakili skuad penuh 12 atlet (enam lelaki dan enam wanita) akan menyertai semua enam acara yang dipertandingkan iaitu berpasukan, bergu campuran, bergu lelaki, bergu wanita, perseorangan lelaki dan perseorangan wanita.

Atlet lelaki terdiri daripada Braylen Odell Johaness, Isa Ueno Dares Saham, Mohamad Asyahme Haffiezi Suhaili, Rus Zareef Hazmy Rus Hilmy, Ryan Chee Shao Yang dan  Samuel Benjamin Guansing.

Atlet wanita pula terdiri daripada  Chow Yi Ling, Elena Mishra Manoj, Hannah Hii Xiang Hui, Jashnavissri a/p Uigneswaran, Kyra Vamsikrish dan Miza Rasyidah Zakirah Mohd Rasyid.

Koh dan pengurus pasukan, Christopher Lim turut bersama pasukan tiba di sini pada Rabu. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

280 peserta sertai ‘Tropical Rainforest Run 2024’ Ahad ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular