HomeSukanSUKMA 2024 : Emmanuel hadiahkan gangsa untuk Sabah

SUKMA 2024 : Emmanuel hadiahkan gangsa untuk Sabah

Read Time:31 Second

Kuching : Atlet tenpin boling Sabah Emmanuel Fo menghadiahkan pingat gangsa bagi acara perseorangan lelaki Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 semalam.

Emmanuel mempamerkan aksi konsisten sepanjang enam set permainan di Megalanes Sarawak di sini dengan melakukan keseluruhan 1,342 jatuhan pin.

Atlet tenpin boling remaja kebangsaan Wan Muhammad Zarif Ikram Wan Mazlan meraih pingat emas dengan jatuhan pin 1,375 dan Shaqeem Izwan Teh Shahrul Hafiz Teh dari Wilayah Persekutuan meraih perak selepas mencatatkan 1,361 jatuhan

Sukan tenpin boling yang membuka tirai semalam menawarkan 11 pingat emas secara keseluruhan dan akan diteruskan dengan saingan beregu lelaki dan wanita, hari ini. SABAH MEDIA / FOTO UKAS

RELATED ARTICLES
Sukan

Sabah sentiasa cakna terhadap pembangunan belia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular