HomeUtama23 KIR DUN Karanaan terima kunci Rumah Mesra SMJ

23 KIR DUN Karanaan terima kunci Rumah Mesra SMJ

Read Time:1 Minute, 56 Second

RANAU: Seramai 23 ketua isi rumah (KIR) kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Karanaan menerima kunci Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) dalam satu majlis di Kampung Pahu, sini, hari ini.

Majlis Penyerahan Kunci Rumah Mesra SMJ telah disempurnakan oleh Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun.

Secara keseluruhan, sebanyak 35 buah Rumah Mesra SMJ telah siap dibina bagi DUN Karanaan, tetapi hanya 23 KIR sempat menghadiri majlis penyerahan kunci dan secara simbolik mewakili baki 12 KIR yang tidak dapat hadir.

Masidi yang juga ADUN Karanaan berkata kerajaan negeri tetap komited kepada usaha melaksanakan Rumah Mesra SMJ kepada keluarga-keluarga yang memerlukan sebanyak 20 unit setahun bermula dari tahun 2022.

“Majlis penyerahan 23 kunci rumah SMJ yang bernilai RM80,000 seunit pada hari ini merupakan bukti kukuh keprihatinan kerajaan negeri terhadap rakyat, terutamanya kepada mangsa-mangsa bencana dan warga rentan.

“Saya berharap kesemua 60 unit Rumah SMJ yang telah diluluskan sehingga tahun 2024 dapat disiapkan mengikut jadual supaya rumah-rumah ini dapat diserahkan kepadap penerima seberapa cepat yang boleh,” katanya..

Menurutnya, kerajaan Sabah telah melancarkan program Rumah Mesra SMJ pada 28 September 2022 sebagai inisiatif mengeluarkan rakyat dari kemiskinan dan menyediakan perumahan mampu milik bagi golongan B40.

Rumah Mesra SMJ ini mengguna pakai konsep Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) bagi membantu golongan yang berada di bawah garis kemiskinan di Sabah memiliki rumah secara percuma.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Masidi turut menyempurnakan Majlis perasmian Program Inisiatif Masyarakat Tanpa Tunai Ranau anjuran Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) di sini, hari ini.

Inisiatif ini memperkukuhkan usaha membudayakan penggunaan pembayaran elektronik (e-pembayaran) dalam kalangan masyarakat luar bandar, terutamanya usahawan mikro, kecil dan sederhana, di Ranau.

Program ini bertujuan untuk menggalakkan para peniaga menggunakan kaedah e-pembayaran melalui DuitNow QR dan aplikasi perbankan mudah alih BIMB Biz by Bank Islam (BIMB Biz) bagi urusan perniagaan harian mereka.

Masidi berkata, ini sebagai alternatif kepada wang tunai, e-pembayaran dapat membantu orang ramai menjimatkan masa dan tenaga untuk membuat urusan kewangan tanpa perlu mengeluarkan wang tunai di mesin ATM atau cawangan bank.

“Semua transaksi boleh dijalankan di tapak tangan dan hujung jari sahaja.

“Untuk peniaga pula, e-pembayaran boleh menjadikan perniagaan lebih berdaya saing kerana transaksi dapat direkodkan secara langsung.

“Ini kemudiannya akan memudahkan pengurusan dan rekod akaun serta permohonan pinjaman pada masa akan datang,” katanya semasa berucap pada majlis itu.

RELATED ARTICLES
Utama

Hentikan fitnah, Musa Aman pilihan tepat sebagai TYT Sabah – Yahya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular