HomeUtamaDua motosikal berlanggar, penunggang maut, seorang cedera

Dua motosikal berlanggar, penunggang maut, seorang cedera

Read Time:1 Minute, 1 Second

KOTA KINABALU: Seorang penunggang berusia 44 tahun maut manakala seorang lagi cedera selepas motosikal yang masing-masing ditunggang berlanggar di simpang pekan Menggatal, Jalan Tuaran dekat sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisoner Kasim Muda ketika dihubungi hari ini mengesahkan kejadian, katanya kejadian kemalangan maut itu berlaku kira-kira jam 10.20 malam tadi (17 Ogos) di simpang pekan Menggatal, Jalan Tuaran.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila penunggang motosikal lelaki berusia 28 tahun yang menuju ke arah pekan Menggatal telah berlanggar dengan motosikal yang ditunggang oleh seorang lelaki berusia 44 tahun dari arah Telipok menuju ke Inanam.

“Hasil siasatan awal mendapati punca kemalangan disebabkan motosikal yang ditunggang oleh mangsa yang telah cuba masuk jalan susur menggatal untuk menyeberang jalan lalu berlanggar dengan motosikal yang ditunggang oleh mangsa yang bergerak lurus dari arah Telipok ke Inanam.

“Akibat kemalangan ini, mangsa berusia 44 tahun itu telah mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala mangsa berusia 28 tahun itu mengalami kecederaan di bahagian kaki.

“Mangsa yang cedera kini mendapat rawatan di zon kritikal Hospital Queen Elizabeth 1.

“Siasatan masih diteruskan dan kes disiasat mengikut seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

RELATED ARTICLES
Mahkamah Kota Kinabalu
Utama

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Tangguh Kes Berkaitan Akta Laut Wilayah Hingga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular