HomeUtamaProgram LET beri maklumat kepada komuniti tentang indikator buruh paksa

Program LET beri maklumat kepada komuniti tentang indikator buruh paksa

Read Time:1 Minute, 12 Second

Beaufort: Pelaksanaan program Labour Education Tour (LET) berupaya memberi pendedahan atau maklumat kepada komuniti tentang indikator buruh paksa.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ruslan Muharam berkata, ia termasuklah seperti penipuan, ancaman dan ugutan, keganasan fizikal dan seksual dan pelbagai lagi mengenai indikator buruh paksa.

“Untuk makluman semua, program ini adalah julung kali diadakan di luar bandar dan saya amat bersyukur kerana Jabatan Tenaga Kerja (JTK) telah memilih Kg Suasa sebagai tempat program ini untuk bersama komuniti.

“Sudah semestinya agensi kerajaan seperti JTK, PDRM dan agensi badan berkanun dapat merapatkan hubungan silaturrahim dengan komuniti masyarakat setempat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan program LET dan Outreach Kesedaran Komuniti Dalam Membanteras Buruh Paksa dan Buruh Kanak Kanak Di Negeri Sabah 2024 yang diadakan di Walai Homestay Kg Suasa anjuran JTK Sabah.

Ruslan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan turut merakamkan penghargaan kepada Pengarah JTK Sabah Wan Zulkifli Wan Setapa atas kesudian beliau hadir sama di program itu bagi memberi sokongan moral kepada komuniti, pemimpin masyarakat dan juga pelajar sekolah menengah kebangsaan gadong yang menyertai program ini.

Pelbagai pengisian diadakan seperti perkongsian info daripada JTK, PDRM, JIM dan MAPO, Rawang, Pertandingan Gasing dan sebagainya.

Hadir sama Inspektor Sarifuddin bin Sainddin INSP (D7A) Maksiat/Atipsom Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, Tuan INSP Muhammad Hafizuddin bin Mohd Tarmizi Pegawai Penyiasat Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Beaufort dan Catherine Laws National Project Manager, International Labour Organisation. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Pasukan MALBATT selamat, kenderaan rosak diserang orang awam Lubnan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular