HomeSukanSUKMA 2024 : Wanita Sabah ungguli acara Kata Berpasukan

SUKMA 2024 : Wanita Sabah ungguli acara Kata Berpasukan

Read Time:57 Second

Kuching : Atlet karate wanita berjaya mengungguli Kata Berpasukan seterusnya menghadiahkan pingat emas ketujuh buat Sabah  yang berlangsung di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Miri petang tadi.

Mereka diwakili oleh Anneliese Anne Robberth; Audrey Adreana Baking dan Iby Olivera Donny diperingkat akhir yang menewaskan pasukan mewakili Pulau Pinang.

Selain itu, sukan Karate hari ini turut mengungguli menerusi acara Kumite Individu Wanita (61kg) menerusi atlet Anabel Mazlan dan Prisca Easter Philip menerusi acara Kumite Individu Wanita (68 kg).

Aksi Kata Berpasukan Wanita – Foto KBS Sabah

Sabah turut berjaya meraih pingat gangsa menerusi Karate bagi acara Kata Berpasukan Lelaki menerusi atlet Alvince Zurizal; Eddel Jerry Jaimun dan Mohd Haikal Henry.

Bagi acara Kumite Individu Wanita (68kg) dan Kumite Individu Lelaki (84 kg) masing-masing berjaya dimenangi Xueyi Chin dan Muhammad Aiman Azlan yang meraih pingat gangsa.

Pemenang pingat sukan Karate – Foto KBS Sabah

Turut berjaya meraih pingat gangsa hari ini adalah bagi sukan Muaythai yang dimenangi Nur Insyirah Mandol (42-45kg) wanita dan Efron Jaidin (57-60kg) lelaki.

Sehingga jam 9.15 malam ini, Sabah menduduki tangga keenam dengan pungutan pingat tujuh emas; empat perak dan 13 gangsa. – SABAH MEDIA / FOTO KBS

RELATED ARTICLES
Sukan

Sabah sentiasa cakna terhadap pembangunan belia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular