HomeUtamaKarnival Keusahawanan UCSF 2024 pupuk pelajar celik kewangan & mahir digital

Karnival Keusahawanan UCSF 2024 pupuk pelajar celik kewangan & mahir digital

Read Time:1 Minute, 29 Second

KOTA KINABALU: University College Sabah Foundation (UCSF) komited untuk memupuk pelajar yang celik kewangan dan mahir digital.

Baru-baru ini satu Karnival Keusahawanan UCSF 2024 diadakan di Kampus UCSF mempamerkan pelajar dari kursus Asas Keusahawanan sebagai vendor.

Pelajar-pelajar tersebut mewakili pelbagai fakulti termasuk Fakulti Pengurusan dan Keusahawanan (FME), Fakulti Seni dan Media Kreatif (FACM), Fakulti Pembangunan dan Pengajian Pelbagai Budaya (FDMS), dan Fakulti Sains Semula Jadi & Kelestarian (FNSS), mengambil bahagian secara aktif dalam acara ini sebagai sebahagian daripada kurikulum akademik mereka.

Naib Canselornya, Dr. Rafiq Idris berkata matlamat utama karnival ini adalah untuk menawarkan pelajar UCSF pengalaman keusahawanan dan praktikal.

“Semasa acara itu, pelajar mempunyai platform untuk membentangkan dan menjual produk atau perkhidmatan yang telah mereka bangunkan, memperoleh pandangan berharga tentang penglibatan pelanggan, komunikasi profesional dan strategi promosi.

Selain itu, katanya, acara itu bertujuan untuk memperkukuh celik kewangan pelajar dengan menyampaikan pengetahuan mengenai pengurusan kewangan berskala kecil dan meningkatkan modal dengan berkesan.

“Selain memupuk celik alam sekitar, kami komited untuk memupuk pelajar yang celik kewangan dan mahir digital,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Karnival anjuran tenaga pengajar dari Fakulti Pengurusan dan Keusahawanan (FME) berlangsung di Lobi UCSF.

Sebanyak 32 gerai mempamerkan pelbagai jenis produk dan perkhidmatan, daripada makanan dan minuman kepada gerai foto, permainan serta hiburan.

Manakala seramai 267 pelajar yang mengikuti kursus Asas Keusahawanan wajib hadir ke acara tersebut yang juga meruapakan satu keperluan untuk program ijazah dan diploma. Kursus ini ditadbir oleh Pusat Bahasa dan Pembangunan Generik (CLGD).

Bagi menawarkan sokongan dan motivasi kepada pelajar, Dr. Rafiq telah melawat sendiri setiap gerai, memberikan bimbingan dan galakan kepada para peserta.

“Inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan UCSF untuk memupuk minat keusahawanan dalam kalangan pelajar.

“Justeru, kami mempunyai rancangan untuk menganjurkan lebih banyak program berkaitan keusahawanan untuk pelajar kami pada masa hadapan,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Mesyuarat berhubung isu GISBH di Sabah diadakan bulan depan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular