HomeUtamaRemaja perempuan lemas semasa aktiviti mandi-manda

Remaja perempuan lemas semasa aktiviti mandi-manda

Read Time:51 Second

RANAU: Seorang remaja perempuan maut dipercayai lemas semasa menjalankan aktiviti mandi-manda di sungai Jalan Ranau-Sandakan dekat sini petang tadi.

Mangsa Nerlyne Christine Januai, 13, disahkan meninggal dunia oleh pegawai petugas perubatan di lokasi kejadian.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 4.37 petang tadi (19 Ogos).

“Bilik Kawalan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau menerima panggilan mangsa lemas di sungai Jalan Ranau – Sandakan Kg Sungangon semasa menjalankan aktiviti mandi-manda.

“Menurut pemanggil mangsa berjaya ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh penduduk kampung.

“Mangsa di temui dengan jarak 500 meter dari tempat lokasi dilaporkan lemas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pasukan bomba bertindak mengangkat mangsa untuk diperiksa oleh pegawai petugas perubatan yang berada di lokasi.

“Pihak pegawai petugas perubatan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia di lokasi.

“Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan susulan.

“Setelah memastikan tiada lagi bahaya yang wujud operasi ditamatkan pada jam 7.35 malam,” ujarnya.

RELATED ARTICLES
Utama

PPS hasrat perkasa wanita muda sebagai pelapis dalam pembuat keputusan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular