HomeUtamaPersiapan persembahan hari Sabah capai 70 peratus - Dikin

Persiapan persembahan hari Sabah capai 70 peratus – Dikin

Read Time:39 Second

Kota Kinabalu : Persiapan untuk semua persembahan sempena Sambutan Hari Sabah kini telah mencapai 70 peratus pelaksanaan.

Pengerusi Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS), Dikin Musah berkata, selain penampilan artis terkenal, persembahan khas ‘Malaysia Madani, Jiwa Merdeka’ juga bakal dihidangkan kepada para pengunjung di Padang Merdeka, pada 31 Ogos ini.

“Persembahan khas pula adalah persembahan berdasarkan tema Hari Kebangsaan mempunyai lima segmen tarian iaitu Malaysiaku Perkasa, Bunga Kebangsaan, Transformasi Malaysia, Sabah Maju Jaya dan Jiwaku Merdeka.

“Persembahan tersebut akan melibatkan penyertaan 100 orang artis budaya dan beberapa artis terkenal tempatan,” katanya kepada media selepas sesi temu bual di Konti Sabahfm, di sini.

Sesi temubual tersebut dikelolakan oleh penyampai Aziyan Wahab dan Ramlah Othman( Kak Lang) disiarkan secara langsung di radio Sabahfm menerusi segmen Kita Kongsi Kita Ceria bermula jam 3 petang.

RELATED ARTICLES
Utama

518 kes pokok tumbang berlaku di Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular