HomeUtamaBorneo International Halal Exhibition 2024 di SICC 21- 25 Dis ini

Borneo International Halal Exhibition 2024 di SICC 21- 25 Dis ini

Read Time:1 Minute, 40 Second

KOTA KINABALU: BOHEX Management Sdn Bhd selaku urusetia akan menganjurkan Borneo International Halal Exhibition 2024 (BOHEX 2024) yang dijadualkan pada 21 hingga 25 Disember 2024 bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) Kota Kinabalu bermula jam 9 pagi hingga 10 malam.

BOHEX 2024 yang julung kali diadakan di Sabah bakal menyaksikan sebanyak 650 gerai pameran, melibatkan selain Sabah, Sarawak, Semenanjung Malaysia dan beberapa negara seperti China, Brunei, Indonesia akan bersama-sama dalam penganjuran BOHEX 2024 ini.

Pengerusi BOHEX, Datuk Hakim Gulam Hassan berkata, objektif program ini adalah untuk mempromosikan produk dan servis berkaitan halal kalangan masyarakat.

“Industri yang terlibat adalah pendidikan, francais, perbankkan islam, pelancongan muslim, teknologi makanan dan pembungkusan, bahan ramuan halal, produk makanan halal, media dan rekreasi, fesyen dan gaya hidup, perubatan dan farmaseutikal, kosmetik dan dandanan diri, dan mesin,” katanya pada sidang media di sini, pada Jumaat (23 Ogos).

Menurutnya, antara tarikan sepanjang lima hari penganjuran program ini adalah seminar berkaitan halal dalam dan luar negara, jualan produk halal, sesi townhall, pertandingan mewarna, halal race, pertandingan syarahan kanak-kanak (suara muda), BOHEX 5 Km Fun Run, pertandingan Bintang Bohex, pertandingna E-sport, pertandingan simfoni nasyid, pertandingan etnik akustika dan cabutan bertuah yang akan diadakan pada setiap hari.

Beliau berkata, bersempena dengan majlis ini, Konsert BOHEX akan diadakan pada 25 disember 2024.

“Konsert ini akan menampilkan artis-artis ternama Malaysia dan Indonesia.

“Majlis penangguhan penutupan dijangka akan disempurnakan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor,” katanya.

Penganjuran acara ini menyasarkan 100 ribu pengunjung dari dalam dan luar negara bersama-sama untuk memeriahkan BOHEX 2024.

Manakala pihak penganjur juga ada menyediakan pengangkutan percuma (shuttle bus) sepanjang acara BOHEX berlangsung iaitu pengangkutan daripada Imago ke SICC dan Suria Sabah ke SICC.

Oleh itu, orang ramai djemput untuk bersama-sama hadir bagi memeriahkan BOHEX 2024 pada 21 disember 2024 hingga 25 disember 2024 bermula jam 9 pagi hingga 10 malam.

Hadir sama pada sidang media Pengerusi BOHEX, Asmi Datuk Andi Yakin serta Pengarah-Pengarah BOHEX Jasnie Mohd Yaakub dan Mohd Arieef Hafizi Mohd Hashim.

RELATED ARTICLES
Utama

518 kes pokok tumbang berlaku di Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular