HomeUtamaMakan durian secara percuma di Putatan petang ini

Makan durian secara percuma di Putatan petang ini

Read Time:1 Minute, 27 Second

Putatan : Penggemar durian dipelawa untuk turut serta menikmati makan durian secara percuma sempena Festival Keusahawanan, Kebudayaan dan Jualan Agro Madani di tapak Pasar Malam Peladang Putatan, di sini hari ini.

Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Putatan, Datuk Seri Arsit Sedi berkata, sebanyak tujuh tan durian akan disajikan kepada pengunjung yang hadir dan ianya dijangka akan bermula jam 2 petang ini hingga lewat malam.

Katanya, program sempena sambutan Bulan Kebangsaan itu adalah inisiatif PPK Putatan bagi membantu peladang mengatasi lambakan durian dari kebun di seluruh negeri.

Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Putatan, Datuk Seri Arsit Sedi – Foto MAHA

“Sebanyak tujuh tan durian, termasuk kemungkinan Musang King dan Duri Hitam akan disediakan untuk program makan durian secara percuma kepada pengunjung bermula jam 2 petang hingga larut malam.

“Sehubungan itu, kita mempelawa orang ramai untuk datang ke festival ini bersama rakan dan keluarga untuk menikmati durian dan mengunjungi gerai jualan yang ada sempena festival ini,” katanya ditemui di sini malam tadi.

Hadir sama, Pengarah Institut Kerjasama Kerajaan dan Rakyat (IKRAR), Jabatan Ketua Menteri Sabah, Azrul Ibrahim dan Pengerusi Pelaksana Festival, Mohd Isquzawan Israq Arsit.

Arsit berkata, inisiatif itu juga bertujuan memberi peluang kepada orang ramai, termasuk pelancong dan pengunjung di daerah ini untuk menikmati durian yang disediakan secara percuma oleh pihak penganjur.

Sementara itu, Arsit berkata, seramai 60 usahawan muda yang bergiat aktif dalam bidang keusahawanan di daerah ini dihimpunkan bagi memeriahkan festival yang berlangsung berakhir hari ini.

Pada majlis itu, usahawan muda terbabit turut menerima bantuan daripada kerajaan negeri menerusi Skim Jaya Usahawan Belia Sabah (SYABAS) sebagai galakan untuk mengembangkan lagi perniagaan masing-masing.

Malam ini, seramai 100 mangsa banjir khususnya dari kalangan nelayan dari sekitar daerah ini yang terjejas akibat bencana alam itu baru-baru ini akan menerima sumbangan. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

518 kes pokok tumbang berlaku di Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular