HomeUtamaTiga lelaki ditahan didakwa rogol remaja

Tiga lelaki ditahan didakwa rogol remaja

Read Time:43 Second

TAWAU – Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang di daerah ini pada Jumaat lalu mendakwa dirogol oleh tiga lelaki yang dikenalinya.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, laporan polis telah dibuat dan siasatan lanjut mengenainya sedang dilakukan.

Katanya, kes tersebut merujuk kepada laporan seorang remaja perempuan yang telah ditemui semula dalam keadaan selamat di sini pada jam 1 pagi Selasa.

“Pada jam 3 pagi Selasa semasa berada di Balai Polis Tawau remaja tersebut telah memaklumkan bahawa dia telah dirogol tiga lelaki yang dikenalinya.

“Ekoran daripada itu, tiga lelaki tempatan berusia 15 hingga 29 tahun ditahan di sekitar daerah ini,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan.

“Suspek ditahan reman bermula hari ini hingga Rabu depan bagi membantu siasatan.

“Kesemua suspek boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebat jika disabit kesalahan,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Gajah betina umur 5 tahun mati jatuh gaung

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular