HomeUtamaAnggota Yang Maut Dikenali Sebagai LK I PLM Arman San - TLDM

Anggota Yang Maut Dikenali Sebagai LK I PLM Arman San – TLDM

Read Time:48 Second

KUALA LUMPUR — Anggota penyelam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang meninggal dunia ketika melaksanakan operasi salvaj Kapal Diraja (KD) Pendekar di perairan Kota Tinggi ialah Laskar Kelas (LK) I PLM Arman San Hermansa.

TLDM dalam kenyataan malam ini memaklumkan jenazah Allahyarham Arman San yang berkhidmat sebagai Penyelam Ranjau pasukan itu dari Markas Selam dan Peperangan Periuk Api (MSPPA) kini berada di Hospital Sultan Ismail, Johor untuk proses bedah siasat dan akan dibawa ke Lahad Datu, Sabah untuk pengebumian.

Katanya, TLDM akan memastikan segala bentuk bantuan dan sokongan disalurkan kepada keluarga Allahyarham.

“TLDM menzahirkan rasa simpati dan ucapan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham,” katanya.

Sementara itu, katanya, Lembaga Siasatan Khas juga sudah ditubuhkan untuk mengenal pasti punca kejadian penyelam TLDM itu meninggal dunia.

KD Pendekar dilaporkan tenggelam di perairan Tanjung Penyusop selepas mengalami kebocoran dipercayai akibat terlanggar objek bawah air pada 25 Ogos lalu.

Usaha pantas komuniti maritim berjaya menyelamatkan kesemua 39 kru KD Pendekar sebelum kapal itu tenggelam.

RELATED ARTICLES
Utama

Pasukan MALBATT selamat, kenderaan rosak diserang orang awam Lubnan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular