HomeUtamaDua mangsa rentung, kereta terbakar di Jalan KKIA

Dua mangsa rentung, kereta terbakar di Jalan KKIA

Read Time:59 Second

KOTA KINABALU: Dua mangsa rentung apabila kenderaan yang dinaiki terbakar 100 peratus selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di Jalan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) di di sini awal pagi tadi.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 2.30 pagi tadi (30 Ogos).

“Setiba pasukan bomba dari Balai Bomba Kots Kinabalu di lokasi kejadian mendapati kebakaran melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Axia telah terbakar 100 peratus berpunca daripada kemalangan jalan raya yang melibatkan tiga buah kenderaan iaitu Perodua Axia (terbakar), Perodua Viva dan Toyota Vigo.

“Terdapat dua orang mangsa rentung di dalam kenderaan Perodua Axia.

“Operasi pemadaman dijalankan menggunakan satu aliran Hose Reel dari Jentera Bomba.

“Kedua mangsa rentung berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kedua-dua mangsa rentung belum dikenal pasti identiti dan masih dalam siasatan.

“Manakala dua lagi mangsa lelaki dari kenderaan Perodua Viva dan Toyota Vigo masing-masing hanya mengalami cedera ringan.

“Setelah memastikan tiada lagi bahaya lain yang wujud di lokasi kejadian, operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 4.40 pagi,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

518 kes pokok tumbang berlaku di Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular