HomeUtamaKejohanan Golf Jemputan Kuala Penyu Golf & Country Club 2024 berlangsung 28...

Kejohanan Golf Jemputan Kuala Penyu Golf & Country Club 2024 berlangsung 28 Sept ini

Read Time:1 Minute, 46 Second

KOTA KINABALU: Kejohanan Golf Jemputan Kuala Penyu Golf & Country Club (KPGCC) 2024 yang berlangsung pada 28 September depan bakal menghimpunkan seramai 120 pemain golf tempatan dari seluruh negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Yussof J. Imbang berkata, lapangan golf, Sabah Golf & Country Club (SGCC), Bukit Padang di sini menjadi venue pada kejohanan berprestij itu yang menawarkan hadiah utama sebuah motosikal untuk pemenang pukulan ‘hole in one’.

” Kami telah memutuskan, jika tiada pemenang hadiah ‘hole in one’ maka hadiah utama (motosikal) akan menjadi rebutan untuk cabutan tiket bertuah kepada peserta yang mengambil bahagian, ” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa KPGCC 2024 di Kota Kinabalu, kelmarin.

Setakat ini katanya, lebih RM20 ribu hadiah terkumpul bakal menjadi rebutan kepada para pemenang untuk kejohanan itu termasuk 50 cabutan bertuah.

Empat kategori turut dipertandingkan iaitu net dan gross untuk lelaki, wanita dan Senior (60 tahun ke atas).

Yussof berkata, setiap kategori bakal menerima hadiah antara RM3,000 hingga RM2,000 selain hadiah sampingan (goodies) kepada setiap pemain yang mengambil bahagian.

Jelasnya, selepas empat hari pendaftaran dibuka, kejohanan berprestij itu kini telah meraih lebih 80 peserta dan memerlukan lebih 30 peserta lagi untuk mencapai sasaran 120 pemain.

Sistem pertandingan, secara 36 handicap stableford dan tee off akan berjalan secara serentak (gun shoot).

Turut dipertandingkan ialah acara novelty menawarkan hadiah RM1,500 kepada pemain yang berjaya melakukan pukulan bull’s eye, longest drive dan nearest to the centre line.

Penyertaan untuk Kejohanan KPGCC 2024 masih terbuka kepada pemain dan mereka boleh berhubung dengan Simat Juslin (019 588 3303), Patrick J. Angkee (016 829 6412), Walter W. Angang (019 881 0099) dan Dulimin Ajak (019 333 7011).

Senator Datuk Nelson Angang yang mendermakan hadiah utama diberi penghormatan melakukan ‘tee off’ pertama sebagai sembolik perasmian sempena kejohanan itu.

Menurutnya, KPGCC kini dalam proses membangunkan lapangan golf bertaraf 18 lubang di tapak seluas 107 ekar di Bukit Nuri, Kuala Penyu berdekatan Menumbok dan Pulau Labuan.

Yussof berkata, kejohanan tahunan itu merupakan sebagai mempromosikan daerah Kuala Penyu dalam industri pelancongan sukan golf.

Presiden KPGCC, Tan Sri Wences Angang dan aktivis masyarakat, Dato’ Sri Sahran Untai antara 18 ahli KPGCC yang turut menghadiri mesyuarat jawatankuasa kejohanan itu.

RELATED ARTICLES
Mahkamah Kota Kinabalu
Utama

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Tangguh Kes Berkaitan Akta Laut Wilayah Hingga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular