HomeUtamaLebih 50,000 banjiri Jalan Tun Fuad Stephens raikan Hari Kebangsaan, Hari Sabah...

Lebih 50,000 banjiri Jalan Tun Fuad Stephens raikan Hari Kebangsaan, Hari Sabah 2024

Read Time:1 Minute, 30 Second

Kota Kinabalu : Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah 2024 yang disambut serentak buat julung kalinya pada tahun ini menjadi saksi perpaduan dalam menyemai semangat patriotisme yang turut diwarnai dengan kibaran Jalur Gemilang dan Bendera Sabah sepanjang Jalan Tun Fuad Stephens di sini hari ini.

Sambutan yang dihadiri lebih 50,000 pengunjung dari pelbagai lapisan bangsa dan agama itu turut menyaksikan lebih 180 kontinjen menyertai perarakan perbarisan termasuk aset dan kenderaan daripada pelbagai agensi di lokasi acara sambutan seawal jam 6 pagi.

Acara hari ini bermula dengan ketibaan pembesar negeri termasuk Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri Datin Seri Juliah Salag; Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir Shahelmey Yahya; Menteri Kewangan dan beberapa ahli jemaah Kabinet Sabah.

Sambutan secara rasmi bermula dengan ketibaan Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan isteri Toh Puan Norlidah RM Jasni dengan menaik kenderaan rasmi sekitar jam 7.30 pagi.

Ketibaan Juhar disambut Hajiji dan Pengerusi Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah peringkat negeri yang juga Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, sebelum acara dimulakan dengan pemeriksaan kawalan keselamatan.

Tun Juhar memeriksa kawalan keselamatan yang membabitkan 103 anggota dari Batalion Ke-22, Rejimen Askar Melayu Diraja yang diketuai Mejar Mohammad Nursyakirin Noorizhab.

Sejurus selepas itu, bacaan ikrar turut dilaksanakan oleh wakil-wakil anggota beruniform yang diketuai Leftenan Abdul Rahman Nasushardin dari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Selepas itu, turut diadakan adalah persembahan koir daripada Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan Sabah Credit Corporation (SCC) sebelum perarakan dimulakan

Perarakan itu dimulakan dengan perarakan Jalur Gemilang dan bendera Negeri Sabah yang dianggotai oleh Tentera Darat Malaysia dan TLDM.

Selepas itu, ianya diikuti perarakan daripada pasukan keselamatan, badan beruniform, kementerian negeri, sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT).

Turut menyertai perbarisan ialah kontinjen mewakili persatuan kebudayaan etnik, badan bukan kerajaan. (NGO) dan sektor swasta. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

518 kes pokok tumbang berlaku di Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular