HomeUtamaHajiji ucap tahniah kepada Eddy Bernard

Hajiji ucap tahniah kepada Eddy Bernard

Read Time:55 Second

Kota Kinabalu : Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor merakamkan penghargaan ucapan tahniah kepada atlet Paralimpik dari Sabah Eddy Bernard yang berjaya meraih pingat pertama untuk Malaysia pada temasya sukan Paralimpik Paris 2024 semalam.

“Syabas dan tahniah Eddy Bernard berjaya menghadiahkan pingat pertama negara untuk temasya sukan Paralimpik Paris 2024!.

“Memenangi pingat gangsa dalam Sukan Olahraga Kategori T44 Acara 100m,” katanya dalam hantaran di Facebook rasminya di sini hari ini.

Semalam, atlet olahraga Paralimpik itu  berjaya menyumbang gangsa menerusi acara 100 meter (m) lelaki T44 (kecacatan fizikal) di de de France.

Atlet dari Sabah yang berlari di lorong ketiga bermula dengan baik di awal perlumbaan namun kehilangan sedikit momentum di tengah saingan sebelum berjaya melintasi garisan penamat dengan catatan11.58 saat (s).

Lebih manis, kejayaan atlet berusia 23 tahun itu  pada penampilan sulung di pentas Sukan Paralimpik turut memecahkan rekod Asia milik wakil Sri Lanka, Indika Gamage iaitu 11.75s pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2024 di Kobe, Jepun.

Eddy juga mengatasi catatan masa peribadi terbaiknya 11.77s ketika membawa pulang pingat perak pada kejohanan berprestij dunia di Kobe itu. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Mahkamah Kota Kinabalu
Utama

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Tangguh Kes Berkaitan Akta Laut Wilayah Hingga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular