HomeUtamaIbu bapa teraju terpenting bentuk peribadi, perwatakan anak

Ibu bapa teraju terpenting bentuk peribadi, perwatakan anak

Read Time:1 Minute, 19 Second

Kota Kinabalu : Golongan ibu bapa merupakan teraju terpenting dalam pembentukan peribadi anak-anak kerana pendidikan di rumah lebih banyak mempengaruhi tingkah laku dan perwatakan masing-masing.

Focal Person Kebangsaan Pendidikan Malaysia (KPM) Sabah Mohammad Arif Sakaran berkata, keruntuhan moral dan pelbagai gejala sosial yang meningkat merupakan indikator kepada keruntuhan sebuah institusi keluarga.

“Maka pendidikan keibubapaan amat penting untuk dititikberatkan pada masa kini. Pendekatan mendidik anak-anak paling berhikmah harus dipelajari dalam era moden ini, kerana kajian menunjukkan apa jua metode yang digunakan, akan memberi impak yang besar kepada karakter anak-anak yang sedang dibangunkan.

“Oleh itu, kepakaran dalam psikologi dan kaunseling perlu dimanfaatkan untuk membangunkan program keibubapaan yang lebih berkesan, dengan pendidikan yang menekankan kasih sayang, pemahaman, dan disiplin positif sebagai kunci untuk menghapuskan gejala sosial yang tidak diingini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Seminat Keibubapaan Madani uang dianjurkan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di Sekolah Kebangsaan (SK) Sembulan di sini hari ini.

Arif berkata, kolaborasi pelbagai pihak dalam penganjuran program seumpama itu juga dilihat sebagai langkah proaktif untuk menjadi asas kepada pembangunan program keibubapaan yang lebih berkesan.

Katanya, ia dengan melibatkan kerjasama silang kementerian dan pengupayaan aktif badan bukan kerajaan (NGO).

“Kita juga harus memastikan program seperti ini dilaksanakan dengan tumpuan kepada pendidikan yang menekankan kasih sayang, pemahaman, dan disiplin positif.

“Ini adalah kunci untuk membanteras gejala yang tidak diingini dan mencorakkan masa depan generasi yang berakhlak mulia serta berdaya saing dalam era Madani,” katanya.

Terdahulu, seramai 115 orang terdiri daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di daerah Kota Kinabalu telah menyertai seminar sehari itu. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Bidang pendidikan, modal insan keutamaan kerajaan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular