HomeUtamaMAPENA iktiraf sumbangan penulis Sabah

MAPENA iktiraf sumbangan penulis Sabah

Read Time:1 Minute, 35 Second

Kota Kinabalu : Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengiktiraf sumbangan penulis Sabah dalam bidang sastera menerusi Majlis Anugerah Pena Kinabalu (MAPENA) 2024.

Ketua Pengarah DBP, Dr. Hazami Jahari berkata, keprihatinan kerajaan negeri dalam menyokong usaha pengembangan bahasa dan sastera kebangsaan amat dihargai.

“Di negeri Sabah ini begitu ramai penulis yang hebat, penulis yang mapan dalam pelbagai bidang penulisan kreatif seperti puisi, cerpen, drama, novel dan termasuk juga bidang deklamator. 

“Hari ini menunjukkan bagaimana keprihatinan kerajaan negeri memastikan agar pengiktirafan diberikan di peringkat tertinggi kepada seorang sasterawan.

“Hampir semua negeri di Malaysia ada anugerah sasteranya seumpama yang kita laksanakan pada malam ini tetapi dari segi jumlah hadiahnya, saya boleh katakan penerima anugerah negeri Sabah,  anugerah utama itu yang paling besar nilainya RM30,000,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas majlis tersebut di sini, baru-baru ini.

Hazami turut berpesan kepada para penulis agar terus menghasilkan karya-karya terbaik.

“Saya mahu mengingatkan juga apabila kerajaan negeri sudah memberi sumbangan dan penghargaan serta pengiktirafan yang begitu tinggi kepada para penulis, menjadi tanggungjawab kepada penulis untuk memastikan agar dapat mereka menyumbang kepada pembangunan pemikiran untuk negeri Sabah ini. 

“Jadi di satu pihak, kerajaan negeri telah memberi penghargaan, pengiktirafan maka menjadi tanggungjawab kepada para penulis untuk menghasilkan karya-karya terbaik yang dapat menjadi panduan, bimbingan dan memberi pendidikan kepada seluruh rakyat di negeri Sabah ini terutamanya,” katanya.

Beliau berharap dengan adanya hadiah-hadiah lain yang diberikan dalam majlis berkenaan dapat memberi galakan dan peluang kepada penulis Sabah untuk terus berkarya pada masa hadapan.

Majlis berkenaan diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin dan Isteri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni.

Pada majlis tersebut, selain Anugerah Sastera Negeri Sabah yang diberikan kepada penulis tempatan, Datuk Jasni Matlani, turut disampaikan ialah Hadiah Sastera Sabah 2022/2023.

Hadir sama, wakil Ketua Menteri, Datuk Seri Kadzim M. Yahya dan Pengarah DBP Cawangan Sabah, Aminah Awang Besar.

RELATED ARTICLES
Utama

Hentikan fitnah, Musa Aman pilihan tepat sebagai TYT Sabah – Yahya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular