HomeUtamaBeberapa laluan utama bandaraya KK ditutup sempena sambutan Maulidur Rasul, Hari Malaysia

Beberapa laluan utama bandaraya KK ditutup sempena sambutan Maulidur Rasul, Hari Malaysia

Read Time:1 Minute, 29 Second

Kota Kinabalu: Beberapa laluan utama sekitar bandaraya Kota Kinabalu akan ditutup seawal jam 5 pagi sempena sambutan Maulidur Rasul dan Hari Malaysia pada 16 September ini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asistem Komisioner Kasim Muda berkata, sempena dua sambutan tersebut, pihak polis akan menjalankan beberapa penugasan bagi memastikan semua berjalan lancar.

“Kita ditugaskan dari segi keselamatan dan aliran trafik, itu tugas pada sebelah pagi untuk sambutan Maulidur Rasul. Kita bermula pada jam 5 pagi dan bagi program kedua bermula pada 2 petang di Padang Merdeka, itu sambutan Hari Malaysia peringkat nasional.

“Untuk program Maulidur  Rasul, kita akan bermula pada 6 pagi untuk menguruskan ataupun menyediakan pasukan perbarisan. 

“Perbarisan bermula daripada Dewan Masyarakat Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) sehingga ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC). 

“Jadi laluan yang akan ditutup nanti bermula daripada Bulatan Istiadat sehingga ke Bulatan Bunga Raya kita akan tutup,” katanya selepas sesi temubual di konti Sabahfm, di sini semalam.

Bagi Sambutan Hari Malaysia, Kasim berkata, laluan bulatan KFC, Bandaran sehingga ke Jalan Bunga Raya akan ditutup bermula 2 petang.

“Jalan-jalan yang ditutup kekal ini termasuk Jalan Istana dan Pintu Gerbang Istana, hadapan Hilton, daripada bulatan depan KFC sehinggalah ke Bulatan Bunga Raya,” katanya.

Beliau menasihatkan orang ramai untuk merancang perjalanan dan tidak melalui laluan jalan yang ditutup bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.

“Juga jangan membawa senjata tajam atau senjata-senjata berbahaya semasa berlangsungnya kedua-dua program ini dan tidak menaikkan drone semasa kedua-dua program diadakan. 

“Kita sudah berbincang dengan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM) dengan unit udara kita untuk tidak membenarkan drone pada hari tersebut (16 September),” katanya.

Hadir sama, Pengarah Penyiaran Sabah, Salmah Hashim, Pengurus Sabahfm, Felix Lee, Penolong Pengarah Bahagian Perkhidmatan Komunikasi (PKPM), Jabatan Penerangan Negeri Sabah, Edi Rizam Kassim.

RELATED ARTICLES
Utama

518 kes pokok tumbang berlaku di Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular