HomeUtamaKPT telah hantar permohonan peruntukan bina Politeknik Kota Belud

KPT telah hantar permohonan peruntukan bina Politeknik Kota Belud

Read Time:1 Minute, 35 Second

Oleh ERDIE AB WAHID

Kota Kinabalu : Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah menghantar permohonan peruntukkan untuk dimasukkan ke dalam Belanjawan 2025 bagi tujuan menyelesaikan isu berkaitan cadangan pembinaan Politeknik Kota Belud termasuk isu tanah.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mustapha Sakmud berkata, selain itu, peruntukkan bagi tujuan pembinaan infrastuktur Politeknik  Kota Belud dijangka akan dimasukkan didalam Rancangan Malaysia ke-13 (RMKe13).

“Untuk Politeknik Kota Belud, kita telah menghantar kepada Kementerian Ekonomi untuk mempertimbangkan bajet untuk tahun hadapan untuk menyelesaikan isu-isu tanah, jadi kita harap akan dipertimbangkan.

” Untuk pembinaan mungkin kita akan masukkan dalam RMKe13 nanti.  Jadi kita doakan sama-samalah. Saya pun sendiri sedang berusaha untuk memastikan agar Politeknik Kota Belud ini akan dapat direalisasikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menyempurnakan Majlis Konvokesyen Politeknik Kota Kinabalu, di sini, hari ini.

Mustapha yang juga Ahli Parlimen Sepanggar berkata, pihaknya melihat keperluan Politeknik itu penting dibangunkan di bahagian utara Sabah berikutan jumlah golongan B40 agak tinggi.

Katanya, dengan adanya Politeknik itu, ianya akan dapat melatih para pelajar  selainmenjadi tenaga mahir selain mampu membantu keluarga pelajar terlibat keluar daripada kepompong kemiskinan.

“Politeknik Kota Belud ini dijangka ada memuatkan seramai 500 pelajar selain kita menyasarkan untuk menawarkan kursus berkaitan minyak dan gas selain pelancongan.

“Pemilihan bidang minyak dan gas ini kerana kita mahu supaya jumlah mereka yang terlibat dalam bidang ini ditambah kerana bidang ini semakin memerlukan di negeri ini,” katanya.

Sementara itu, mengenai politeknik, Mustapha menyifatkan institusi berkenaan penting untuk mengeluarkan seramai mungkin graduan berkemahiran bagi memenuhi keperluan tenaga kerja, khususnya di Sabah.

“Saya fikir ini akan menambah bilangan tenaga mahir kita terutama di Sabah ini memang kita amat memerlukan tenaga mahir yang berkualiti.

“Terima kasih kepada Politeknik Kota Kinabalu kerana membantu kita mengeluarkan tenaga mahir untuk negeri dan juga negara,” katanya.

Seramai 472 graduan Politeknik Kota Kinabalu menerima diploma dan sijil sempena Majlis Konvokesyen Ke-28 politeknik berkenaan, hari ini. –  SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Mahkamah Kota Kinabalu
Utama

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Tangguh Kes Berkaitan Akta Laut Wilayah Hingga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular