HomeUtamaBekas ketua biro NST Sabah terima manfaat Tabung Kasih @ Hawana ke-12

Bekas ketua biro NST Sabah terima manfaat Tabung Kasih @ Hawana ke-12

Read Time:1 Minute, 18 Second

Penampang : Bekas Ketua Biro New Straits Times (NST) Sabah, Roy Goh menjadi penerima manfaat Tabung Kasih @ Hawana ke -12 bagi negeri Sabah.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil petang tadi berpeluang menyantuni dan menyampaikan sumbangan berkenaan di kediaman Roy di Kampung Dabak, Penampang di sini.

Roy, 54, yang disahkan menghidap angin ahmar atau strok sejak Julai 2018 mula berkecimpung dalam dunia kewartawanan sejak 1993 sebagai editor di Borneo Mail selama lapan tahun dan terakhir ialah sebagai editor tetap NST selama 14 tahun sehingga 2018.

Fahmi yang dalam rangka lawatan kerjanya di Sabah sempena Sambutan Hari Malaysia yang akan berlangsung di Padang Merdeka, Kota Kinabalu pada Isnin ini.

Fahmi berkata, Tabung Kasih @ Hawana adalah tabung yang diwujudkan khusus untuk membantu para wartawan yang mungkin menghadapi sebarang kesulitan dan kesusahan.

“Setelah dua kali diadakan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) tahun lalu dan tahun ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyediakan dana sebanyak RM2 juta untuk tujuan menyantuni, menjaga kebajikan dan memastikan para wartawan terbela nasib mereka.

“Harapan saya saudara Roy dan keluarga akan dapat memanfaatkan sedikit sumbangan ini untuk membantu sekiranya perlu menyelesaikan apa-apa isu.

“Jadi saya harap bagi organisasi media juga akan mengambil peluang untuk memanfaatkan pengalaman termasuklah di kalangan stringers ataupun part timers,” katanya.

Untuk rekod, Tabung Kasih@Hawana telah menyumbangkan kepada 147 para bekas dan pengamal media seluruh Malaysia sejak inisiatif itu diperkenalkan pada April 2023.

Hadir sama, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedict ,Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif), Kementerian Komunikasi, Nik Kamaruzaman Nik Husin serta Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita BERNAMA, Nasriah Darus.

RELATED ARTICLES
Utama

Badan Berkanun, GLC Negeri perlu sokong aspirasi kerajaan negeri

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular