HomePendapatIndustri Pelancongan Memacu ekonomi Negara

Industri Pelancongan Memacu ekonomi Negara

Read Time:4 Minute, 38 Second

Oleh – Wan Azrain Adnan

1.        Pada tahun 2023, industri pelancongan terus memacu pembangunan ekonomi negara. Data terkini jelas menunjukkan industri pelancongan negara semakin pulih setelah menerima kesan negatif yang hebat akibat pandemik Covid-19.

2.        Ketika itu, penguat-kuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah menyebabkan industri pelancongan lumpuh dan terhenti serta merta. Akibatnya, seluruh rantaian perniagaan di dalam industri pelancongan mengalami kerugian, dan ada yang terpaksa menutup operasi selama-lamanya. Ramai rakyat Malaysia telah kehilangan pekerjaan dan tiada pendapatan tetap.  

3.        Sejak itu, kerajaan gigih untuk merancakkan industri pelancongan dengan pelbagai aktiviti promosi di dalam dan luar negara. Walaupun belum mencapai tahap pra pandemik Covid-19, industri pelancongan negara telah kembali rancak dengan pergerakan ramai pelancong domestik dan luar negara yang mengunjungi pusat-pusat pelancongan di seluruh negara. 

4.        Menurut laporan Akaun Satelit Pelancongan 2023 yang baru di terbitkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), industri pelancongan negara telah menyumbang sejumlah RM 275.8 billion kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negara, meningkat dari RM 250.1 billion (2022).

5.        Ini merupakan 15.1% daripada jumlah KDNK 2023 negara. Setelah mengalami penurunan dalam tempoh masa 3 tahun (2019 – 2021), kini industri pelancongan menunjukkan trend peningkatan dari 12.8% kepada 15.1%.

Peratus sumbangan kepada kdnk

6.        Trend peningkatan berkenaan di pelopori oleh ketibaan pelancong asing yang ramai, meningkat 100% dari 10.1 juta orang (2022) kepada 20.1 juta orang (2023).

Namun begitu, angka ini masih jauh rendah dari jumlah pelancong pra pandemik Covid-19, iaitu 26.1 juta orang pada tahun 2019.

7.        Daripada jumlah ketibaan pelancong tersebut (20.1 juta orang), majoriti adalah pelancong dari negara-negara ASEAN, merangkumi hampir 65%.

SingapuraIndonesiaThailandChina
41.2 %15.4 %7.7 %7.3 %

8.        Menurut Duta Besar China ke Malaysia, untuk 7 bulan pertama tahun 2024 (Januari – Julai 2024), jumlah pelancong China ke Malaysia telah meningkat 160% kepada 1.8 juta orang. Kini terdapat hampir 450 penerbangan setiap minggu menghubungkan Malaysia dan China.

9.        Selari dengan peningkatan 100% ketibaan pelancongan di Malaysia, perbelanjaan pelancong yang tiba (inbound) telah meningkat hampir 125% dari RM 33.8 billion (2022) kepada RM 75.8 billion (2023).

Sebahagian besar (33.5%) perbelanjaan berkenaan adalah untuk membeli-belah.

10.      Manakala, perbelanjaan pelancong domestik pula berjumlah RM 78.7 billion, meningkat 32.9% dari RM 59.2 billion (2022).

Serupa juga dengan pelancong asing, sebahagian besar (39.2%) perbelanjaan adalah untuk membeli-belah.

11.      Sebagai perbandingan, perbelanjaan pelancong domestik sedikit sahaja melebihi perbelanjaan pelancong inbound, tetapi dengan kadar yang mengecil. Pada tahun 2022, jumlah perbezaan adalah RM 25.4 billion. Sebaliknya, jumlah perbezaan telah mengecil kepada RM 2.9 billion pada tahun 2023.

12.      Malah, dalam tempoh masa 8 tahun (2016 – 2023), peratusan perbelanjaan pelancong inbound dan domestik telah berubah dengan ketara. Pra pandemik Covid-19, perbelanjaan pelancongan inbound senantiasa melebihi perbelanjaan pelancongan domestik.

13.      Sejak pandemik Covid-19 hingga kini, jumlah perbelanjaan pelancongan domestik telah melebihi perbelanjaan pelancongan inbound. Ini telah mencapai situasi terburuk pada tahun 2021, di mana jumlah perbelanjaan pelancongan domestik adalah 97.4%, berbanding perbelanjaan pelancongan inbound hanyalah 2.6%. 

14.      Tetapi, dengan prestasi industri pelancongan yang semakin meningkat, tidak mustahil peratusan perbelanjaan pelancongan inbound akan melebihi pelancongan domestik pada tahun 2024, dan kembali ke paras pra pandemik Covid-19.

carta 4 – sumbangan pelancongan inbound dan pelancongan domestik kepada penggunaan pelancongan internal 2016-2023

15.      Dengan prestasi industri pelancongan yang semakin baik, jumlah guna tenaga di dalam industri pelancongan juga telah merekodkan peningkatan. Malah telah melepasi jumlah pra pandemik Covid-19.

16.      Pada tahun 2023, terdapat sejumlah 3.4 juta orang bekerja di dalam industri pelancongan negara. Ini merangkumi 21.4% daripada jumlah keseluruhan guna tenaga negara.

17.      Daripada jumlah guna tenaga kerja tersebut, majoriti (73.9%) bekerja di dalam perdagangan runcit dan perkhidmatan penyediaan makanan & minuman.

18.      Ini jelas membuktikan peranan utama industri pelancongan di dalam ekonomi negara. Ianya bukan sahaja dapat menjana pendapatan yang besar kepada negara, tetapi juga menyediakan jutaan pekerjaan kepada rakyat Malaysia.

19.      Memahami peranan utama berkenaan, Kerajaan Malaysia terus gigih untuk memperkasa serta mempromosi industri pelancongan negara ke serata dunia.

20.      Menurut Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), sasaran MOTAC untuk tahun 2025 adalah ketibaan pelancong asing seramai 31.4 juta orang, dengan pendapatan pelancongan sebanyak RM 125.5 billion.

21.      Manakala, pada tahun 2026 pula, Malaysia akan menganjurkan Tahun Melawat Malaysia 2026. MOTAC menyasarkan jumlah ketibaan pelancong seramai 35.6 juta orang, dengan pendapatan pelancongan sebanyak RM 147.1 billion.

22.      Sekiranya sasaran tersebut dapat di capai, ianya akan mencatat rekod dengan melepasi jumlah ketibaan pelancongan ketika penganjuran Tahun Melawat Malaysia terdahulu.

TahunJumlah Ketibaan Pelancong di Malaysia
Tahun Melawat Malaysia 201427.4 juta orang
Tahun Melawat Malaysia 200721.0 juta orang

23.      Maka, pemulihan industri pelancongan yang berterusan akan membawa kesejahteraan kepada negara dan rakyat Malaysia.

RELATED ARTICLES
Utama

518 kes pokok tumbang berlaku di Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular