HomeSukanSabah sentiasa cakna terhadap pembangunan belia

Sabah sentiasa cakna terhadap pembangunan belia

Read Time:1 Minute, 1 Second

Sandakan : Kerajaan Sabah akan sentiasa cakna terhadap pembangunan belia dan ekosistem pembangunan di negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, Kerajaan negeri telah memperuntukkan bajet yang besar khusus bagi pembangunan sukan termasuk peningkatan kemudahan sukan dan pembangunan bakat muda.

“Peruntukkan ini adalah satu pelaburan jangka panjang yang akan memastikan negeri kita terus melahirkan atlet-atlet yang berdaya saing di peringkat nasional dan antarabangsa.

“Ini adalah bukti komitmen Kerajaan negeri dalam memastikan sukan terus berkembang maju di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah (MSS) Sabah) kali ke-56 di sini semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ruslan Muharam.

Hajiji berkata, peranan guru dan jurulatih juga merupakan tulang belakang kepada kejayaan para atlet khususnya dalam melahirkan bakat dan menggilap potensi atlet amatlah disanjung tinggi.

“Pengorbanan semua pihak bukan sahaja bertindak sebagai pendidik, tetapi juga sebagai pembimbing yang berperanan membentuk atlet muda kita sehingga mampu bersaing di peringkat dearah, negeri dan tidak mustahil di peringkat antarabangsa.

“Dedikasi dan komitmen yang ditunjukkan oleh guru-guru dan jurulatih ini adalah asas kepada kejayaan pelajar kita.

“Melalui bimbingan anda, bakat-bakat ini dapat berkembang dengan baik dan potensi mereka dapat direalisasikan sepenuhnya,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Alto, Martin ketuai barisan kejurulatihan sementara Sabah FC

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular