HomeUtamaGolongan wanita digesa ceburkan diri dalam bidang perniagaan

Golongan wanita digesa ceburkan diri dalam bidang perniagaan

Read Time:1 Minute, 26 Second

Kota Kinabalu : Golongan wanita di negeri ini digesa untuk terus giat menceburkan diri dalam pelbagai bidang khususnya perniagaan.

Ahli Parlimen Sepanggar Datuk Mustapha Sakmud berkata, ia adalah bagi memastikan golongan itu dapat membantu keluarga termasuk dari segi pendidikan anak selain menceburkan diri dalam bidang teknologi maklumat.

“Pada pagi ini kita adakan sesi libat urus untuk golongan wanita dan kita mahu supaya sesi ini akan dapat mencari kaedah bagaimana untuk membantu wanita khususnya di Sepanggar ini supaya mereka dapat menceburkan diri dalam bidang perniagaan.

“Ini juga termasuklah dalam bidang pendidikan anak-anak mereka dan juga kita jemput beberapa agensi, kita jemput Pertubuhan Keselamatan Sosial  (PERKESO). Kita tahu PERKESO ini dia ada perlindungan-perlindungan yang sesuai untuk wanita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Sesi Libat Urus Wanita ‘Kesejahteraan Madani Wanita Sepanggar’ di sini hari ini.

Mustapha yang juga Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi berkata, sesi libat urus itu juga turut melibatkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selain Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).

“Disudut JKM, kita mahu mereka diberi pencerahan bagaimana jabatan ini dapat membantu mereka. Kita jemput juga daripada LPPKN.  LPPKN ini membantu bagaimana mereka menangani masalah anak-anak mereka di rumah terutama isu-isu berkaitan dengan teknologi. Ini pun penting. Kita mahu anak- anak mereka ini terjaga.

“Kita tidak halang penggunaan teknologi tetapi ada hadnya, ada batasnya, ada etikanya. Jadi inilah antara yang kita akan buat pencerahan pada sesi libat urus ini.

“Kita harap banyak cadangan-cadangan daripada wanita-wanita kita untuk kita kembangkan sebagai satu rangka dasar atau polisi untuk membantu wanita-wanita kita khususnya di Sepanggar ini,” katanya.

Seramai 200 peserta terdiri golongan wanita di sekitar kawasan Sepanggar terlibat termasuk beberapa jabatan dan agensi kerajaan antaranya PERKESO dan LPPKN. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Pam rosak, paip pecah punca gangguan air di Putatan dan sekitar...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular