HomeUtamaGagasan Rakyat Sindumin sokong kepimpinan Hajiji terus terajui Kerajaan Negeri

Gagasan Rakyat Sindumin sokong kepimpinan Hajiji terus terajui Kerajaan Negeri

Read Time:1 Minute, 10 Second

Sipitang: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Sindumin menyokong penuh kepimpinan Datuk Seri Hajiji Noor untuk terus menjadi Ketua Menteri Sabah.

Ketua Bahagiannya Datuk Dr Yusof berkata, dibawah kepimpinan Hajiji sebagai Ketua Menteri berjaya membawa Sabah ke satu peringkat yang positif terutama ekonomi.

Katanya, beberapa strategi yang dilaksanakan berjaya menjana ekonomi dan berkembang positif.

“Rangka ekonomi yang berkesan dan jelas berjaya meningkatkan pendapatan negeri hampir RM7 bilion pada tahun lepas,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Mesyuarat Tahunan Parti Gagasan Rakyat (Gagasan Rakyat) Bahagian Sindumin di Dewan Terbuka Dataran QSS di Mesapol, di sini semalam.

Mesyuarat dirasmikan Hajiji dan turut hadir dua naib presiden Gagasan Rakyat Datuk Mohd Ariffin Mohd Arif, Datuk Rubin Balang dan Setiausaha Agung Datuk Razali Razi.

Dr Yusof yang juga Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad berkata, bagi meneruskan usaha positif membangunkan Sabah ini, kestabilan politik amat diperlukan.

“Elakkan perkara yang boleh menjejaskan usaha ini dan berilah sokongan sehingga matlamat membangunkan Sabah, tercapai,” katanya.

Pada masa sama, perjuangan hak-hak Sabah dibawah Perjanjian Malaysia 1963 terus diperjuangkan oleh Kerajaan Negeri dibawah pimpinan Hajiji menerusi perundingan dengan Kerajaan Persekutuan.

Menurutnya, terbaru, Kerajaan Persekutuan menerusi Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof mengumumkan kenaikan sekali ganda kepada RM600 juta daripada RM300 juta pemberian khas kepada Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata, pemberian khas ini sudah tentu digunakan untuk meningkatkan prasarana dan infrastruktur yang masih diperlukan khususnya di kawasan pedalaman Sabah. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
PolitikUtama

Beliawanis Gagasan Rakyat komited dekati kumpulan UNDI18

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular