HomeUtamaLima kampung di Tambunan terlibat pembangunan ekonomi, Perladangan Kelapa

Lima kampung di Tambunan terlibat pembangunan ekonomi, Perladangan Kelapa

Read Time:1 Minute, 21 Second

KOTA KINABALU: Lima buah kampung di Daerah Tambunan terlibat dalam Pembangunan Ekonomi melalui Perladangan Kelapa di tanah rizab padang ragut.

Majlis Menandatangani Perjanjian (MoA) Projek Usahasama dan kerjasama antara Pemegang Amanah Padang Ragut, Korperasi Pembangunan Ekonomi Rakyat Tambunan Berhad (KOPPER), Penolong Pemungut Hasil Tanah dan Malaysian Kuwaiti Investment Co. telah berlangsung dengan jayanya di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada Isnin (23 Sept).

Timbalan Ketua Menteri I Sabah merangkap Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Datuk Dr Jeffrey Kitingan berkata ia adalah tanda komitmen untuk menjayakan perladangan kelapa di tanah rizab padang ragut di lima buah kampung di Tambunan iaitu Kampung Tondulu, Kampung Papar, Kampung Noudu, Kampung Toboh dan Kampung Kuala Namadan.

“Tambunan mempunyai tanah rizab padang ragut seluas 23,490.56 ekar namun sebahagian besarnya terbiar, dan antara sebabnya ialah ternakan kerbau dan sapi telah berkurangan.

“Melalui bimbingan dan kerjasama pelbagai pihak, mereka telah melalui beberapa proses untuk memastikan perladangan kelapa di kawasan padang ragut kampung mereka dapat dilaksanakan,” katanya semasa menyaksikan Majlis MoA tersebut.

Justeru, Jeffrey amat mengalu-alukan penampilan pelabur seperti MKIC, kerana sudi memberi peluang untuk meneroka prospek potensi perladangan kelapa di tanah rizab padang ragut di Tambunan.

“Penggunaan kawasan padang ragut terbiar ini boleh memberi manfaat kepada penduduk setempat bukan sahaja dari segi peluang pekerjaan, gaji bulanan dan pembahagian dividen, malah dari segi perkongsian kepakaran dan pengalaman.

“Kejayaan pelaksanaan inisiatif ini sudah tentu akan dijadikan contoh ke daerah-daerah lain,” tambah beliau lagi.

Sementara itu pada majlis sama, Mayor Datuk Seri Dr Sabin Samitha, bagi pihak Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, turut menerima sumbangan 5000 anak benih kelapa dari Datuk Zurinah Pawanteh bagi pihak MKIC.

RELATED ARTICLES
Utama

20 pelajar tajaan Yayasan Sabah lanjut pengajian ke Mesir

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular