HomeUtama14 pelajar bakal lanjut pengajian ke Mesir dan Jordan

14 pelajar bakal lanjut pengajian ke Mesir dan Jordan

Read Time:1 Minute, 38 Second

Oleh ERDIE AB WAHID

Kota Kinabalu : Seramai 14 orang pelajar Sabah bakal melanjutkan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda dalam pelbagai bidang di beberapa buah universiti di Mesir dan Jordan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, antara universiti terlibat adalah di Universiti Al-Bayt Mafraq Jordan; Universiti Al- Azhar dan dan beberapa universiti lain.

“Hari ini saya bersama dengan anak-anak yang akan melanjutkan pengajian ke Mesir dan Jordan, mereka ini akan mengambil bidang agama yang akan dibantu oleh Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS). 

“Untuk makluman, tahun lalu MUIS di bawah bahagian zakat dan fitrah telah membelanjakan sebanyak RM20 juta untuk membantu anak-anak kita dalam bidang pendidikan di dalam dan di luar negeri. Manakala pada tahun ini sehingga September ini, kita telah membelanjakan sejumlah RM18 juta untuk membantu pendidikan anak kita.

“Sehingga kini, sejumlah hampir 2,000 anak-anak kita telah dibantu untuk mendapatkan dermasiswa, pemberian sekali beri, tiket penerbangan dan mendapat bantuan-bantuan pendaftaran ke universiti masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyantuni pelajar-pelajar Sabah yang melanjutkan pengajian ke Mesir dan Jordan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) di sini pagi tadi.

Arifin yang juga Exco Agama negeri berkata, para pelajar yang melanjutkan pengajian ke Mesir dan Jordan itu mengambil bidang dalam beberapa jurusan antaranya Usuluddin; Syariah; Pengajian Islam; Bahasa Arab dan beberapa bidang lain.

“Justeru saya ucapkan syabas dan tahniah kepada MUIS, syabas dan tahniah juga kepada semua pembayar zakat untuk negeri Sabah ini kerana dengan itu mereka dapat membantu anak-anak kita.

“Sama ada zakat perniagaan, zakat pengajian yang paling banyak dan zakat-zakat yang lain. Ini antara yang diusahakan oleh MUIS, mudah-mudahan dengan bertambahnya lagi bayaran zakat, kesedaran membayar zakat akan bertambahlah untuk kita membantu anak-anak kita dalam bidang pendidikan,” katanya.

Terdahulu, daripada 14 pelajar berkenaan, enam pelajar akan melanjutkan pengajian ke Mesir, manakala selebihnya akan melanjutkan pengajian ke Jordan. – SABAH MEDIA / FOTO JAPEN SABAH

RELATED ARTICLES
Utama

627 rawatan rehabilitasi guna ‘Mesin PainBot’ dilaksanakan di HUMS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular