HomeUtamaEmpat petugas KKM selamat selepas helikopter dinaiki lakukan pendaratan kecemasan

Empat petugas KKM selamat selepas helikopter dinaiki lakukan pendaratan kecemasan

Read Time:1 Minute, 21 Second

Kota Kinabalu :  Empat petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang menaiki sebuah helikopter dilaporkan selamat selepas pesawat itu melakukan pendaratan cemas di sebuah kawasan terpencil berikutan mengalami masalah enjin tengah hari tadi.

Difahamkan pesawat itu yang sedang dalam perjalanan menghantar Perkhidmatan Doktor Udara ke kawasan pedalaman terpaksa mendarat di kawasan sungai cetek di Kampung Buayan, Penampang.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, helikopter jenis Bell 206B Jet Ranger milik Layang Layang Aerospace Sdn Bhd (LLASB) turut dinaiki seorang juruterbang.

Kesemua mereka kemudian dibantu dan dibawa balik oleh helikopter Sabah Air Aviation Sdn Bhd (SAASB) untuk kembali ke Pangkalan Udara Sabah Air, di Kota Kinabalu.

Pengerusi SAASB, Datuk Kenny Chua berkata, pihaknya menerima makluman berhubung insiden itu selepas juruterbang helikopter terbabit membuat panggilan kecemasan ke menara kawalan Lapangan Terbang Kota Kinabalu (KKIA).

Katanya, menara kawalan kemudiannya menghubungi helikopter milik SAASB yang secara kebetulan sedang dalam penerbangan pemindahan perubatan (medevac) ke daerah Tawau.

“Juruterbang terbang SAASB terus ke lokasi untuk memastikan helikopter LLASB selamat mendarat sebelum menghantar sebuah lagi helikopter ke lokasi untuk membantu kakitangan KKM dan juruterbang terbabit.

“Kejadian helikopter berkenaan cuba membuat pendaratan cemas turut sempat dirakam petugas SAASB,” katanya.

Kenny berkata, helikopter kedua bergerak ke lokasi pada jam 12.30 tengah hari dengan membawa seorang jurutera dan dua juruteknik LLASB bersama seorang lagi juruteknik SAASB.

“Juruterbang SAASB, Kapten Sofia Lena William kemudiannya menerbangkan empat kakitangan KKM terbabit kembali ke pangkalan. Manakala juruterbang LLASB bersama jurutera dan juruteknik melakukan kerja-kerja baik pulih pada helikopter berkenaan di lokasi.

“Helikopter berkenaan akhirnya berjaya tiba di pangkalan SAASB kira-kira jam 1.30 petang dalam keadaan selamat,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Kerajaan negeri memperuntukan RM50.9 juta subsidi ICPT untuk pengguna elektrik Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular