HomeUtama16 Pengurus Tenaga Elektrik dapat pengiktirafan ECoS

16 Pengurus Tenaga Elektrik dapat pengiktirafan ECoS

Read Time:1 Minute, 20 Second

KOTA KINABALU: Energy Commission of Sabah (ECoS) hari ini mengiktiraf seramai 16 Pengurus Tenaga Elektrik Berdaftar ECoS (EREEM) yang telah berjaya lulus peperiksaan yang dijalankan pada 5 September 2024 yang lalu.

Pengiktirafan ini adalah penting untuk memastikan EREEM memenuhi syarat-syarat kelayakan dan mampu memenuhi tanggungjawab mereka seperti yang ditetapkan dibawah Peraturan-Peraturan Pengurusan Tenaga Elektrik yang Cekap (EMEER) 2024.

Ketua Pegawai Eksekutif ECoS Datuk Ir. Abdul Nasser Abdul Wahid berkata kepakaran golongan profesional ini adalah penting untuk pembangunan tenaga yang lebih lestari di negeri Sabah di samping memastikan standard pengurusan tenaga adalah mematuhi piawai industri.

“Hari ini, kita bukan sahaja meraikan pengiktirafan EREEM tetapi juga menegaskan semula komitmen kita terhadap penggunaan tenaga yang lebih cekap,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, inisiatif ini selaras dengan usaha ECoS untuk memastikan semua pengurus tenaga elektrik dan Certified Energy Manager (CEM) yang berkhidmat atau bercadang untuk berkhidmat di Sabah adalah harus berdaftar dengan ECoS menjelang 2 Januari 2025.

EREEM berfungsi sebagai individu berkelayakan dan berdaftar yang memberikan khidmat juru perunding dan pemantauan berterusan kepada syarikat-syarikat premis komersial dan industri dalam mematuhi keperluan perundangan yang berkuatkuasa di Sabah.

Berdasarkan EMEER 2024, mana-mana syarikat yang mempunyai pepasangan yang menerima atau menjana tenaga elektrik menyamai atau melebihi 3 juta kWj bagi apa-apa tempoh yang tidak melebihi enam bulan berturut-turut adalah dikehendaki untuk melantik EREEM bagi memenuhi kehendak perundangan tersebut.

Ketidakpatuhan terhadap perundangan adalah suatu kesalahan di bawah Peraturan 22,EMEER 2024, yang, jika disabitkan kesalahan, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM20,000.00 atau penjara untuk tempoh tidak melebihi satu tahun, atau kedua-duanya sekali.

RELATED ARTICLES
Utama

600 keluarga di Sabah terima sumbangan Krismas dari Yayasan PETRONAS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular