HomeUtamaKerjasama Jetama Sdn Bhd, UMS selaras hala tuju SMJ pastikan rakyat dapat...

Kerjasama Jetama Sdn Bhd, UMS selaras hala tuju SMJ pastikan rakyat dapat kehidupan sejahtera

Read Time:1 Minute, 20 Second

Kota Kinabalu : Kerjasama antara Syarikat konsesi air Kota Kinabalu, Jetama Sdn Bhd dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) adalah selaras dengan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

Ketua Pegawai Eksekutif Jetama Sdn Bhd Ahmad Naim Uddang berkata, kerjasama itu juga berhubung kait dengan fungsi syarikat berkenaan sebagai syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Katanya, UMS telah berjaya membangunkan potensi modal insan serta memastikan rakyat mendapat kehidupan yang sejahtera.

“Jetama sentiasa mengalu-alukan kerjasama yang erat di antara sektor awam dan swasta.

“Sudah pasti majlis penyerahan kali ini bukanlah kerjasama yang terakhir di antara kedua-dua buah agensi ini.

“Diharapkan agar kerjasama di antara sektor awam dan swasta seperti ini dapat diteruskan lagi demi kepentingan rakyat secara khususnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Penyerahan Sumbangan Mesin Rehabilitasi (Mesin Painbot) kepada Hospital Universiti Malaysia Sabah (HUMS) di sini semalam.

Hadir sama Naib Canselor UMS Profesor Datuk Dr Kasim Mohd Mansor.

Ahmad Naim berkata, Mesin Painbot yang disumbangkan itu merupakan peralatan terkini di dalam bidang rawatan rehabilitasi yang pertama seumpamanya bukan sahaja di Sabah, malahan di seluruh kepulauan Borneo

Katanya, Mesin Painbot itu turut dilengkapi dengan teknologi kecerdasan buatan ataupun lebih dikenali sebagai AI yang khusus untuk rehabilitasi pesakit.

“Sehubungan itu, diharapkan juga dengan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu tenaga pengajar serta pelajar-pelajar secara khususnya dan UMS secara amnya untuk meningkatkan lagi pengetahuan serta kemahiran setara dengan peningkatan penggunaan teknologi baru ini.

“Secara tidak langsung kita semua dapat mempertingkatkan serta membangunkan potensi modal insan untuk lebih berdaya saing, khususnya di dalam sektor perkhidmatan kesihatan dengan adanya pemindahan teknologi ini,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Tambah baik jejantas Petagas bakal tingkat keselamatan penduduk – Shahelmey

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular