HomeUtamaFHM wadah industri perhotelan kembang inovasi - Christina

FHM wadah industri perhotelan kembang inovasi – Christina

Read Time:1 Minute, 57 Second

Kota Kinabalu: Penganjuran ‘Food & Hospitality Malaysia’ (FHM) dan dan ‘Sabah Hospitality Fiesta’ – Edisi Borneo ke-24 menjadi wadah kepada pemain industri perhotelan untuk mengembangkan inovasi.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Christina Liew berkata, pihaknya gembira terhadap penganjuran acara tahunan tersebut yang disifatkan sebagai satu pencapaian dalam industri perhotelan dan kulinari di Sabah.

Katanya, acara tersebut bukan hanya meraikan pencapaian warga industri perhotelan dan pelancongan tetapi turut memberi peluang kepada semua pemain industri untuk terus melangkah ke hadapan dalam menghadapi cabaran serta inovasi baharu dalam sektor tersebut.

“Acara ini bukan hanya meraikan pencapaian warga sektor perhotelan tetapi juga memberi peluang kepada semua pemain industri untuk terus melangkah ke hadapan dalam menghadapi cabaran serta inovasi baharu dalam sektor perhotelan dan pelancongan.

“Inisiatif Asian Tourism International (ATI) College menganjurkan program ini bermula pada tahun 1997 telah menjadi platform penting dalam menonjolkan keunikan masakan, bakat dan budaya Sabah dan kini ia berkembang menjadi sebuah acara yang mengangkat seni kulinari dan hospitaliti negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan FHM Malaysia – Borneo Edition 2024 dan Sabah Hospitality Fiesta Ke-24 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini.

Pada majlis tersebut, Christina turut mengiktiraf peranan penting yang dimainkan oleh Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Cawangan Sabah dan Labuan yang telah bekerjasama dalam acara tersebut sejak 2006 selain kerjasama dengan Nestlé Food Services sebagai penaja utama.

“Sumbangan mereka ini telah berjaya membawa Sabah Hospitality Fiesta ke tahap lebih tinggi.

“Kerjasama ini akan memperkukuhkan lagi sektor hospitaliti di Sabah serta mewujudkan peluang untuk menampilkan bakat tempatan dan antarabangsa di pentas yang lebih luas,” katanya.

Beliau turut menyatakan keyakinan bahawa kerjasama tersebut akan menjadi platform penting bagi pertukaran idea, inovasi, dan trend terkini sekali gus menjadikan Sabah sebagai pusat kecemerlangan dalam bidang hospitaliti dan kulinari di rantau ini.

Christina turut menekankan pembangunan kemahiran dan ilmu pengetahuan pekerja amat penting dalam memastikan Sabah mampu menawarkan pengalaman hospitaliti bertaraf dunia kepada pelancong dari seluruh dunia.

Oleh itu, beliau menyeru pemilik industri agar menggalakkan kreativiti dan inovasi dalam sektor perhotelan dan kulinari dengan melihat cabaran sebagai peluang untuk menggarap inovasi di luar kotak bagi memberi pengalaman yang unik kepada para pengunjung dan pelancong.

Hadir sama, Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Josie Lai, Pengerusi ATI College Datuk Seri Panglima Wong Khen Thau, Pengerusi Sabah Hospitality Fiesta Izwan Ariff Yaakop serta Pengerusi Persatuan Hotel Malaysia Hafizan Wong.

RELATED ARTICLES
PendapatUtama

Memahami Bidang Kuasa TYT Sabah & Mengapa Tun Musa Aman Dilantik?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular