HomeUtama55 pelajar SMK Membakut II alami keracunan makanan

55 pelajar SMK Membakut II alami keracunan makanan

Read Time:1 Minute, 9 Second

Membakut: Seramai 55 pelajar tingkatan lima dan tiga guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Membakut II di sini dilaporkan mengalami keracunan makanan Rabu lalu selepas dipercayai mengambil makanan pek dalam satu program diadakan di sekolah berkenaan.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Awang Hazim Awang Basir berkata, pelajar terlibat mengadu mengalami simptom cirit-birit, muntah dan sesak nafas selepas lebih 12 jam mengambil makanan pek berkenaan.

Bagaimanapun katanya, tiga guru yang terlibat dilaporkan hanya mengalami simptom ringan.

“Sehari sebelum kejadian iaitu Selasa para pelajar ini telah menghadiri satu program bengkel teknik menjawab soalan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di SMK Membakut II.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Awang Hazim Awang Basir

“Mereka ini telah mendapatkan perkhidmatan katering untuk menyediakan makanan pek kepada pelajar dan guru. Sebaik menerima aduan pada Khamis, mangsa terlibat telah dikejarkan ke Klinik Kesihatan Membakut untuk rawatan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi Sabah Media di sini.

Awang Hazim berkata, tiga anaknya turut mengalami keracunan makanan namun telah dibenarkan pulang selepas menerima rawatan di klinik berkenaan.

“Dua anak saya berusia 15 dan 13 tahun juga terlibat selepas mengambil makanan pek yang diberikan oleh anak saya yang menyertai bengkel berkenaan mengakibatkan mereka juga mengalami keracunan makanan,” katanya.

Dalam pada itu, Awang Hazim berkata, berikutan kejadian itu, pihak Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) telah datang ke sekolah berkenaan untuk menyiasat selain mengambil sampel makanan berkenaan. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Bangunan USIA di Sembulan dibaik pulih, beri manfaat terhadap pembangunan dakwah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular