HomeUtamaPenganugerahan tokoh Maulidur Rasul diharap beri inspirasi kepada masyarakat

Penganugerahan tokoh Maulidur Rasul diharap beri inspirasi kepada masyarakat

Read Time:1 Minute, 3 Second

Sandakan : Penganugerahan tokoh maulidur rasul yang diberikan kepada individu yang layak diharap dapat memberi inspirasi kepada masyarakat untuk terus meneladani sifat-sifat mulia Rasulullah S.A.W.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ruslan Muharam berkata, anugerah itu juga diharap mampu meningkatkan lagi semangat perpaduan dalam kalangan umat Islam khususnya di daerah ini.

“Dengan penganugerahan ini, diharap individu-individu terpilih dapat menjadi contoh teladan kepada generasi akan datang dalam mengamalkan ajaran Islam secara lebih baik.

“Bersesuaian dengan tema sambutan Maulidur Rasul SAW kita pada tahun ini ialah ‘Al- Falah Pemacu Malaysia Madani”. bersebati dengan intipati citra kepimpinan Rasulullah yang bersifat inklusif serta manusiawi, sesuai dengan kemajmukan masyarakat yang berbilang agama dan bangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan sambutan Maulidur Rasul peringkat daerah Sandakan di sini hari ini.

Ruslan berkata,  masyarakat juga diminta untuk tidak menjadi pemecahbelah yang memporakperanda, mencetus provokasi dan menyebar fitnah.

“Sebaliknya kita semua perlu membawa watak pendamai yang menyeru kasih sayang serta menyatu kesatuan ummah. Semua pihak perlulah menjadi insan yang bertanggungjawab kepada negara.

“Justeru, Sambutan Maulidur Rasul yang kita sambut pada hari ini, ianya membawa suatu makna besar kepada umat Islam untuk menghayati serta mengamalkan segala intipati ajaran yang telah ditinggalkan oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

657 siri tambahan Program Jualan Rahmah sehingga hujung Disember ini di...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular