HomeUtamaPRN-17 : GRS belum runding pembahagian kerusi, fokus selesai isu rakyat

PRN-17 : GRS belum runding pembahagian kerusi, fokus selesai isu rakyat

Read Time:1 Minute, 32 Second

Putatan : Gabungan Rakyat Sabah (GRS) belum mengadakan sebarang perundingan bersama parti komponen berhubung pembahagian kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 akan datang.

Timbalan Setiausaha Agung GRS Datuk Armizan Mohd Ali berkata, gabungan parti yang memerintah Kerajaan Sabah bersama rakan parti dalam Pakatan Harapan (PH) lebih mengutamakan kepada menyelesaikan isu-isu melibatkan rakyat.

Katanya, ia termasuklah menyelesaikan isu legasi seperti air, elektrik dan jalan raya yang masih membelenggu rakyat para ketika ini.

Datuk Armizan Mohd Ali

“Setakat ini kita belum lagi memulakan perundingan untuk pembahagian kerusi kerana sebagaimana yang saya sebut sekarang ini usaha kita adalah untuk fokus bagi menyelesaikan isu-isu rakyat dan menggerakkan agenda Sabah Maju Jaya (SMJ).

“Mungkin masing-masing sudah ada kerusinya sebelum ini, mungkin ada yang perlu dirundingi. Tetapi apapun, bagi saya pada peringkat ini bukan soal kerusi, tapi soal bagaimana kita meyakinkan rakyat bagi memastikan mandat yang telah diberikan sebelum ini dapat ditunaikan sebaik mungkin,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Petagas di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir Shahelmey Yahya dan Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Petagas Mohd Isquzawan Israq Datuk Seri Arsit.

Armizan yang juga Ahli Parlimen Papar berkata, perancangan Kerajaan negeri pada masa kini berjaya membawa kepada perubahan yang bernilai dan bermakna untuk rakyat di Sabah

Beliau turut yakin strategi dan pendekatan melalui penubuhan Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS) dan projek-projek yang telah diumumkan sebelum ini telah bergerak dan bukan sekadar perancangan.

“Kita lihat ada projek bukan atas kertas saja tapi ada yang telah bermula, ada yang boleh siap dalam tahun ini, ada yang tahun depan ada yang mungkin mengambil masa dua hingga tiga tahun

“Tetapi pergerakan, peruntukannya telah pun tersedia dan kita optimis kita dapat membawa perubahan yang bernilai dan bermakna untuk rakyat di Sabah,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Kalau sudah ada inspirasi, saya akan panggil media untuk mengumumkannya –...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular