HomePendapatDakwaan sebuah syarikat amal eksploitasi pekerja atau buruh paksa disiasat

Dakwaan sebuah syarikat amal eksploitasi pekerja atau buruh paksa disiasat

Read Time:4 Minute, 13 Second

Oleh:

Wan Azrain Adnan

Baru-baru ini, media melaporkan tiga syarikat terkemuka Jepun telah berikrar untuk menjalankan siasatan terhadap dakwaan bahawa sebuah syarikat pembekal di Malaysia terlibat di dalam amalan eksploitasi pekerja atau buruh paksa/ forced labour.

Antara lain, syarikat pembekal berkenaan di dakwa menahan/ merampas pasport pekerja, memberi layanan buruk kepada pekerja, tidak membayar gaji kepada pekerja dan menyediakan tempat tinggal yang teruk kepada pekerja.

Syarikat pembekal tersebut, Kawaguchi Manufacturing Sdn Bhd merupakan sebuah pengilang pelbagai barangan plastik untuk syarikat-syarikat terkemuka Jepun iaitu Panasonic, Sony dan Daikin.

Menurut laporan media, sebahagian besar pekerja Kawaguchi Manufacturing adalah pekerja asing dari Bangladesh.

Dakwaan eksploitasi pekerja terhadap Kawaguchi Manufacturing di buat oleh Andy Hall, iaitu seorang aktivis hak asasi pekerja, di dalam satu laporan yang telah di kemukakan kepada Kementerian Sumber Manusia Malaysia.

Susulan laporan berkenaan, Kementerian Sumber Manusia Malaysia telah menyerbu pejabat Kawaguchi Manufacturing dan mendapati dakwaan yang di laporkan ada asasnya, di mana pihak syarikat tidak membayar gaji pekerja sejak April 2024, menahan/ memegang pasport pekerja.

Seterusnya, Kawaguchi Manufacturing di laporkan telah memberi jaminan bahawa isu pembayaran gaji akan di selesaikan menjelang penghujung tahun 2024, setelah perbincangan dengan pekerja. Isu gaji ini melibatkan hampir 300 pekerja, iaitu lebih 200 pekerja Bangladesh dan 40 pekerja tempatan.

Selain itu, Kawaguchi Manufacturing turut mengesahkan kebajikan pekerja Bangladesh masih terjaga walaupun pembayaran gaji lambat. Ini di perakui oleh Kedutaan Republik Rakyat Bangladesh di Malaysia, yang telah melawat kilang syarikat berkenaan selepas timbul dakwaan eksploitasi pekerja.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, pelbagai kes eksploitasi pekerja telah di laporkan, terutamanya di dalam sektor pembuatan, pembinaan dan perladangan negara. Selalunya, ianya melibatkan syarikat multinasional yang beroperasi di Malaysia, dan melantik syarikat tempatan sebagai pembekal barangan dan perkhidmatan serta syarikat tempatan yang mengaji ramai tenaga kerja asing.

Antara kes eksploitasi pekerja di Malaysia yang tersohor adalah pada April 2023, IKEA Malaysia di laporkan telah menamatkan kontrak sebuah syarikat perkhidmatan keselamatan (security guard) kerana mendapati pengawal keselamatan terbabit dari Nepal terpaksa membayar recruitment fee sehingga USD$ 1,000 kepada broker pekerjaan untuk bekerja di Malaysia.

Recruitment fee sebegini di rumuskan sebagai debt bondage, di mana pekerja terlibat terpaksa berhutang untuk membayar recruitment fee yang di kenakan.

United Nations International Labour Organisation (ILO) telah mengenal-pasti debt bondage sebagai satu indikator kepada amalan buruh paksa.

Pada November 2021, Dyson, iaitu sebuah syarikat pembuatan terkemuka British, telah menamatkan kontrak perniagaan dengan ATA IMS, iaitu sebuah syarikat pembekal perkhidmatan pembuatan elektronik yang tersenarai di Bursa Malaysia.

Akibatnya, nilai saham ATA IMS telah menjunam teruk sebaik sahaja laporan penamatan kontrak tersebut.

Beberapa tahun lepas, Amerika Syarikat telah mengharamkan import produk dari syarikat-syarikat terkemuka tempatan iaitu Top Glove, Sime Darby Plantation dan FGV.

Selepas syarikat-syarikat berkenaan mengambil tindakan sewajarnya dan membuat bayaran pampasan berjumlah jutaan Ringgit kepada pekerja terbabit, sekatan import itu telah di tamatkan: Top Glove (pada Sept 2021) dan Sime Darby Plantation (pada Feb 2023).

Manakala, sekatan import ke atas FGV masih kekal hingga kini, sejak 30 September 2020.

Setiap tahun, Amerika Syarikat menerbitkan Trafficking in Persons (TIP) Report, iaitu satu laporan yang menilai kedudukan negara-negara di seluruh dunia berdasarkan isu berkaitan pemerdagangan manusia (human trafficking) dan buruh paksa (forced labour).

Negara-negara yang di nilai di letakkan ke dalam 4 kategori, iaitu: Tier 1, Tier 2, Tier 2 Watch List dan Tier 3.

Tier 3 merupakan tahap terendah di dalam TIP Report.

Ekoran isu melibatkan kesejahteraan pekerja, kedudukan Malaysia di bawah Trafficking in Persons (TIP) Report telah turun-naik. Untuk tahun 2024, Malaysia kekal di Tier 2, setelah berada di Tier 3 untuk tahun 2021-2022.

Isu kesejahteraan pekerja sudah pasti akan terus menjadi isu utama negara, memandangkan Malaysia bergantung tinggi kepada tenaga kerja asing untuk mengerakkan aktiviti ekonomi.

Terutamanya melibatkan kerja-kerja 3D (Dirty, Dangerous, Difficult) di dalam semua sektor ekonomi, di mana rata-rata rakyat Malaysia tidak berminat untuk melaksanakannya.

Menurut data sediada, Malaysia kini menjadi hos kepada lebih 2 juta penduduk bekerja bukan warganegara. Ini merangkumi lebih 12% daripada jumlah keseluruhan penduduk bekerja negara (15.8 juta orang).

Justeru itu, organisasi tempatan mesti lebih peka kepada aspek kesejahteraan pekerja untuk mengelakkan timbulnya isu-isu berkaitan. Sekiranya timbul dakwaan isu kesejahteraan pekerjaan, ianya boleh memberi kesan negatif kepada reputasi serta prestasi syarikat dan juga negara.

Organisasi tempatan sewajarnya mendukung prinsip ESG yang di guna-pakai oleh pelbagai pihak di seluruh dunia. Ianya boleh membantu organisasi untuk melaksanakan operasi secara mampan, dan seterusnya mengelakkan isu-isu berkaitan.

Dalam bahasa mudah, organisasi yang mengguna-pakai prinsip ESG boleh meraih keuntungan dan juga memelihara kepentingan semua pemegang taruh/ stakeholders yang terbabit.

Secara am-nya, prinsip ESG (Environmental, Social, Governance) mengutamakan hubungan dalaman dan luaran yang harmoni oleh sesebuah organisasi, melibatkan semua pemegang taruh, termasuklah: pemegang saham, pekerja, pembekal, pengguna, komuniti setempat.

Environmental amalan berkaitan kelestarian alam sekitar Sosial amalan berkaitan pekerja, pembekal, pengguna dan komuniti setempat Governance amalan berkaitan kepimpinan/ pengurusan syarikat, audit & kawalan dalaman, hak pemegang taruh

Oleh yang demikian, prinsip ESG boleh menjadi ukuran kepada tingkah-laku serta kebertanggungjawaban sesebuah organisasi.

Seterusnya, pematuhan prinsip ESG boleh menghasilkan kemakmuran ekonomi, keharmonian sosial serta kelestarian alam sekitar. Win-win untuk semua.

RELATED ARTICLES
Utama

Semua urusan beban kewangan, keperluan Rafida telah diuruskan serta-merta – Fadhlina

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular