HomeUtamaProgram Cream@YWE berjaya lahir jutawan wanita muda Sabah

Program Cream@YWE berjaya lahir jutawan wanita muda Sabah

Read Time:2 Minute, 5 Second

Kota Kinabalu : Program Creating Millionaires Among Young Women Entrepreneurs (Cream@YWE) berjaya melahirkan jutawan dalam kalangan wanita muda (Creamers) di  Sabah.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk James Ratib berkata, sebanyak lapan orang usahawan muda telah berjaya mencapai hasil jualan melebihi RM1 juta semenjak program tersebut diperkenalkan pada tahun 2020.

“Pada tahun 2020 seramai tiga orang Creamers telah mencapai jualan RM1 Juta setahun dan diikuti dua orang pada tahun 2023 manakala pada tahun ini (Cream@YWE Kumpulan 3) seramai tiga orang turut mencapai hasil jualan yang sama.

“Program Cream@YWE anjuran Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Wanita (JHEWA) Sabah dan pelbagai agensi berkaitan ini dianjurkan bertujuan bagi memperkasakan wanita dalam aspek melahirkan usahawan wanita muda yang berwibawa, cemerlang dan gemilang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Graduasi  Cream@YWE Kumpulan tiga di Pusat Konvensyen Anta(SICC) disini pada Ahad.

Teks ucapan beliau dibacakan Pengerusi MPWS merangkap Penasihat Program Cream@YWE Kumpulan 3 Datuk Dr Tarsiah TZ Taman.

James berkata, program itu juga mensasarkan kepada para peserta untuk menjadi ‘Game Changer’ atau ‘Job Creator’ dan berdaya saing bagi mencapai status ‘Jutawan’.

“Selain daripada itu, program ini juga meningkatkan akses kepada prasarana perniagaan termasuklah pasaran, pembiayaan, maklumat, teknologi dan komunikasi,” katanya

Dalam pada itu, James berkata, kementeriannya melalui JHEWA dan MPWS sentiasa menyokong pembangunan wanita bagi memastikan golongan wanita tidak hanya berperanan sebagai individu tetapi juga sebagai pemimpin dan agen perubahan dalam masyarakat.

“Kementerian ini sentiasa berusaha untuk memperkasakan wanita dan menggalakkan penyertaan wanita dalam sektor perniagaan dan memberi akses kepada sumber yang diperlukan seperti menyediakan bantuan geran, kursus-kursus kemahiran dan peluang perniagaan.

“Salah satu inisiatif kementerian adalah termasuk program promosi keusahawanan yang bakal dilaksanakan oleh JHEWA yang membolehkan wanita memulakan dan mengembangkan perniagaan mereka sendiri melalui pemasaran produk usahawan wanita di pusat membeli belah.

“Melalui pelbagai inisiatif ini, kementerian menunjukkan komitmen yang kuat untuk memperkasakan wanita dalam bidang keusahawanan, menjadikan mereka bukan sahaja peserta aktif dalam ekonomi, tetapi juga pemimpin dalam bidang perniagaan.

“Justeru, inisiatif kerajaan ‘Sabah Maju Jaya’ melalui pelbagai kementerian termasuklah Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat akan terus melaksanakan dan menyokong pelbagai usaha pembangunan wanita untuk meningkatkan daya saing perusahaan mikro kecil dan sederhana di Sabah,” katanya.

Pada majlis itu seramai 53 orang usahawan wanita muda menerima Sijil Tamat Kursus yang berlangsung selama enam bulan manakala 10 orang menerima Sijil Graduan Terbaik.

RELATED ARTICLES
Utama

Kerajaan GRS-PH banyak bantu golongan muda dalam pendidikan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular