HomeUtamaKeputusan peperiksaan Rafida cemerlang, layak mohon BKNS - Azrul

Keputusan peperiksaan Rafida cemerlang, layak mohon BKNS – Azrul

Read Time:45 Second

Kota Kinabalu : Pelajar jurusan perakauan Universiti Malaysia Sabah (UMS) Rafida Zaiddin yang tular dimedia sosial sebelum ini dicadang untuk memohon Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS).

Perkara itu dinyatakan Naib Ketua Pemuda Gagasan Rakyat Azrul Ibrahim yang mengadakan pertemuan singkat dengan Rafida di UMS tengah hari tadi.

“Saya telah mengadakan pertemuan singkat bersama adik Rafida Zaiddin, pelajar baharu UMS yang tular jadikan karung guni sebagai bagasi ketika mendaftar masuk ke UMS dua hari lalu.

“Dari pertemuan ini, kita mencadangkan agar Rafida memohon BKNS selepas melihat keputusan peperiksaan yang cemerlang yang dicapai oleh beliau,” katanya.

Dalam pertemuan itu juga, Azrul turut menyampaikan salam dari Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

“Kita juga turut menyampaikan sedikit sumbangan kepada Rafida dan berharap agar dia boleh terus cekal mengejar kecemerlangan. Inshaa Allah kejayaan menanti di hadapan,” katanya.

Beliau turut mengucapkan penghargaan terima kasih kepada pihak pengurusan UMS atas kerjasama yang diberikan. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Orang ramai dijemput hadir Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi TYT Yang...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular