HomeUtama18 kek dipersembahkan sempena ulang tahun kelahiran rasmi ke-71 Tun Juhar

18 kek dipersembahkan sempena ulang tahun kelahiran rasmi ke-71 Tun Juhar

Read Time:1 Minute, 7 Second

Kota Kinabalu : Sebanyak 18 kek dipersembahkan sempena Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Ke-71 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin. 

Tun Juhar ketika berucap  menzahirkan penghargaan dan rasa terharu atas usaha semua pihak yang terlibat menghasilkan pelbagai jenis kek bertemakan hobi dan perkara-perkara yang beliau minati antaranya motosikal berkuasa tinggi.

Kesemua kek tersebut akan diagihkan kepada rumah anak-anak yatim dan pusat kebajikan di sekitar Kota Kinabalu.

Hadir menyerikan majlis persembahan kek di Istana Seri Kinabalu ialah Isteri Tun Juhar, Toh Puan Norlidah R.M Jasni.

Mencuri tumpuan Tun Juhar dan Toh Puan Norlidah, kek menyerupai motosikal berkuasa tinggi Harley Davidson yang dihasilkan oleh The Magellan Sutera Resort, Sutera Harbour.

Menurut Chef Pastri, Kee Roesdyen, 45, kek seberat 150 kilogram itu disiapkan dalam masa 16 hari bersama-sama pembantu beliau.

Selain itu, penyertaan kali pertama Hotel Raia dalam persembahan kek mendapat pujian daripada Tun Juhar kerana mempersembahkan tema nostalgia dengan memperagakan barang-barang antik seperti radio dan seterika arang dalam rekaan kek.

Tidak ketinggalan mempersembahkan kek ialah pasukan keselamatan iaitu Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sabah, Markas Divisyen Kelima Infantri Malaysia dan Pangkalan Tentera Laut Diraja.

Turut mempersembahkan kek antaranya, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Dreamtel Kota Kinabalu,Hyatt Regency Hotel dan The Palace Hotel Kota Kinabalu.

RELATED ARTICLES
Utama

MUIS, PBNS salur sumbangan kepada 11 KIR terjejas kebakaran di Likas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular