HomeUtamaSubsidi yuran kemasukan pelajar ke Universiti Awam tidak adil - Masiung

Subsidi yuran kemasukan pelajar ke Universiti Awam tidak adil – Masiung

Read Time:1 Minute, 33 Second

KOTA KINABALU: Seorang pemimpin kerajaan Sabah hari ini menyuarakan supaya kerajaan meletakkan syarat kepada penerima subsidi yuran kemasukan pelajar ke Universiti Awam (UA) kerana ia dilihat tidak adil kepada pelajar golongan berpandapatan rendah.

Ahli Dewan Undangan (ADUN), Kuamut, Datuk Masiung Banah, meminta Kementerian Pengajian Tinggi merangka garis panduan sebagai prasyarat bantuan itu kerana ia turut dinikmati anak golongan bangsawan dan berpengaruh.

Dalam kenyataanya hari ini, beliau bertegas, adalah sangat tidak adil anak ahli perniagaan terkenal, pemimpin politik dan penjawat awam berpangkat kanan memperolehi kemudahan subsidi tersebut yang dianggapnya sebagai ketirisan yang silap.

” Sepatutnya tawaran subsidi atau biasiswa mempunyai kerangka yang jelas dan ada proses pemilihan, mana golongan yang layak perlu dibantu supaya jurang kemiskinan dan kaya dapat dirapatkan.

” Saya melihat agihan subsidi yuran pelajar dipelupori oleh pelajar anak orang kaya kerana pengaruh kekayaan ibu bapa mereka, sementara anak orang miskin sekadar menjadi perintis di belakang.

” Ini tidak adil dalam definisi sebuah negara dan ia perlu diubah kerana pelajar golongan B40 yang cemerlang dan berbakat besar dalam pendidikan mempunyai ruang yang sempit berbanding golongan kaya, ” tegasnya.

Masiung menggesa Kerajaan Negeri dan Persekutuan supaya mewujudkan kerangka baharu subsidi tersebut untuk dibentangkan dalam kabinet supaya rakyat melihat kerajaan pada hari ini bersikap adil kepada penduduk miskin.

Naib Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) itu berkata, sebahagian besar subsidi yuran pangajian ditanggung kerajaan bagi kursus peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Deploma di UA turut dinikmati anak golongan bangsawan dan ternama.

Beliau memberi contoh, yuran pengajian peringkat Sarjana Muda Kejuruteraan Perisisan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menelan belanja RM88,152 bagi tempoh pengajian empat tahun, namun menerusi subsidi itu pelajar hanya perlu membayar RM7,520 sahaja.

Subsidi itu meliputi semua pelajar kemasukan tahun akademik 2024/2025, termasuk dari keluarga berpendapatan tinggi.

Sementara itu, Berita Harian kelmarin melaporkan, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut membayangkan subsidi yuran universiti kepada anak golongan kaya mungkin dihentikan.

RELATED ARTICLES
Utama

MUIS, PBNS salur sumbangan kepada 11 KIR terjejas kebakaran di Likas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular