HomeUtamaHASiL: Pendaftaran Peranan atau Kemas Kini Maklumat dalam Modul e-PCB Plus Fasa...

HASiL: Pendaftaran Peranan atau Kemas Kini Maklumat dalam Modul e-PCB Plus Fasa 1

Read Time:1 Minute, 5 Second

KUALA LUMPUR: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) memaklumkan bahawa sistem Potongan Cukai Bulanan (PCB) baharu e-PCB Plus sedang dibangunkan bagi menggantikan sistem sedia ada iaitu e-PCB, e-Data PCB dan e-CP39 di bawah satu platform menerusi portal MyTax.

Menerusi kenyataan media hari ini, mulai 24 September 2024, e-PCB Plus Fasa 1 akan dibuka kepada majikan sebagai persediaan awal sebelum sistem ini berfungsi sepenuhnya pada tahun hadapan.

Fasa 1 melibatkan pendaftaran peranan Majikan / Wakil Majikan / Pentadbir PCB di MyTax manakala pendaftaran peranan Wakil Pentadbir / Kemaskini Maklumat Majikan dan Pekerja di e-PCB Plus.

Pengguna e-PCB Plus perlu log masuk menerusi MyTax dengan memilih peranan yang berkaitan sama ada Majikan / Wakil Majikan / Pentadbir PCB / Individu (Wakil Pentadbir).

Maklumat berkaitan Manual Pengguna e-PCB Plus boleh diakses di https://mytax.hasil.gov.my > Panduan Pengguna > Manual Penggunaan e-PCB Plus.

Sebagai maklumat tambahan, sistem PCB sedia ada masih berfungsi seperti biasa hingga pengumuman penutupan dimaklumkan dengan mengambil kira pembangunan Fasa 2 e-PCB Plus selesai dibangunkan.

Untuk sebarang pertanyaan serta maklum balas, sila hubungi kami menerusi:a) Hasil Contact Centre (HCC) di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1000 (Luar Negara);b) HASiL Live Chat; atauc) Borang Maklum Balas di Portal Rasmi HASiL di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/Public/

RELATED ARTICLES
Utama

Safrey Sumping kembali beri saingan pada Climbathon Antarabangsa Gunung Kinabalu Ahad...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular